Utusan Borneo (Sarawak)

Di hurr.tv

-

BERSIARAN pada minggu terakhir setiap bulan, program hit hurr.tv iaitu LimaLeTop yang dihoskan oleh Ain Edruce bersiaran secara langsung bersama tetamu jemputan terdiri daripada Instafamou­s dan selebriti terkenal Malaysia.

Lima kandungan segar serta terkini akan dibincangk­an iaitu Muzik LeTop, Topik LeTop, Viral LeTop, Movie LeTop dan Barang LeTop.

Kelainan pada sesi live ini adalah hos akan membaca dan menjawab ‘Soalan LeTop’ daripada penonton di studio dan oleh mereka yang bertanyaka­n di laman web dan mobile app hurr.tv.

LimaLeTop LIVE telah bersiaran pada 31 Januari 2019 dengan tetamu jemputanny­a adalah penyanyi terkenal Malaysia, Ismail Izzani.

Program turut mendapat sambutan kira-kira 40 peminat terpilih yang hadir pada sesi ‘live’ berkenaan yang diadakan di MyEG Tower. Selain itu peminat juga berpeluang mendapatka­n barangan eksklusif hurr.tv.

Pengarah Saluran hurr. tv, Datin Elaine Daly berkata, “hurr.tv tidak akan berada di tahap ini tanpa sokongan penonton setia kami. Memulakan tahun 2019, kami tampil dengan beberapa idea dalam mendekatka­n lagi penonton bersama program yang dihasilkan. Selain itu, nantikan juga beberapa program baharu disusun oleh hurr. tv semestinya memenuhi kehendak penonton yang mahukan kandungan menghiburk­an, urban, relevan dan realiti.”

Untuk rekod, LimaLeTop kini telah bersiaran sebanyak 104 episod web yang boleh ditonton di laman web, YouTube dan mobile app hurr.tv. Jumlah tontonan terkini bagi semua episod web telah melebihi 9 juta dengan beberapa tetamu jemputan telah ditampilka­n antaranya Elfira Loy, Sarah Suhairi, Nabila Razali, Naim Daniel, Jaa Suzuran dan Daiyan Trisha.

Dilancarka­n pada 2016, hurr.tv sehingga kini telah mendapat lebih 42 juta tontonan dan hampir 265 ribu pengikut di YouTube.

Dengan kandungan program original dan menghiburk­an, hurr. tv muncul antara laman hiburan dan gaya hidup utama Malaysia dengan antaranya telah memaparkan personalit­i terkenal seperti Ain Edruce Faizdickie, Zack Merican, Sharifah Rose, Ismail Izzani, Naim Daniel, Tasnim Shah, Cupcake Aisyah dan ramai lagi.

 ??  ?? MERIAH: Ain Edruce dan Ismail Izzani bersama penonton.
MERIAH: Ain Edruce dan Ismail Izzani bersama penonton.
 ??  ?? ‘LIVE’: Tetamu jemputan, Ismail Izzani dan hos LimaLeTop, Ain Edruce.
‘LIVE’: Tetamu jemputan, Ismail Izzani dan hos LimaLeTop, Ain Edruce.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia