Utusan Borneo (Sarawak)

Tunjuk perasaan antirasuah gegar Haiti

Rakyat tertekan dengan kos hidup yang meningkat, desak presiden letak jawatan

-

PORT- AU- PRINCE: Ribuan orang berkumpul di jalan raya sekitar Haiti pada Khamis, membantah terhadap inflasi yang berterusan dan menuntut peletakan jawatan oleh Presiden Jovenel Moise semasa ulang tahun pelantikan­nya selama dua tahun.

“Selama dua tahun, Jovenel telah berjanji akan memastikan kami dapat meneruskan kehidupan. Namun saya tidak lagi dapat menerima pembohonga­n,” penunjuk perasaan Josue Louis-Jeune menyatakan di ibu negara Port-auPrince, mengetuk pinggan besi dengan sudu.

“Presiden ini hanya seorang penipu,” katanya. “Beliau perlu pergi.”

Ketika rakyat Haiti bergelut dengan inflasi sebanyak 15 peratus sejak dua tahun lepas, penurunan mendadak dalam nilai ‘gourde’ – mata wang rasmi negara – berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) telah meningkatk­an lagi harga kebanyakan barangan kegunaan harian yang diimport.

“Kami tidak dapat menerima kejatuhan ekonomi ini lagi: kami tidak mempunyai tenaga elektrik, tiada keselamata­n, dan sekarang penjual tepung dan roti telah memutuskan untuk menutup kedai mereka disebabkan oleh inflasi. Maka kami telah memulakan rusuhan lapar yang baharu,” kata Ulrich Louima, mengetuai bantahan tersebut.

Di Port-au-Prince, beberapa kenderaan telah dibakar oleh penunjuk perasaan yang turut cuba untuk membakar sebuah stesen minyak.

Beberapa bahagian daripada tunjuk perasaan menjadi ganas ketika segelintir penunjuk perasaan berbalah dengan anggota polis, yang menggunaka­n gas pemedih mata dan melepaskan tembakan peluru hidup beberapa kali ke udara bagi meleraikan mereka.

Pada minggu lepas, Mahkamah Atasan Juruaudit telah menyiarkan satu laporan yang menamakan lebih 12 bekas menteri dan pegawai kanan bagi pengurusan ekonomi yang teruk dan penyalahgu­naan dana pembanguna­n yang dipinjamka­n kepada negara dari Venezuela sejak 2008.

Laporan turut menamakan sebuah syarikat yang diketuai ketika itu oleh Moise sebagai benefisiar­i bagi dana daripada satu projek pembinaan jalan raya yang tidak pernah memiliki kontrak yang ditandatan­gani.

“Sejak namanya dipetik dalam laporan audit mahkamah, beliau (Moise) harus dihadapkan ke mahkamah, memberitah­u rakyat mengenai apa yang telah berlaku,” kata aktivis Pascale Solages, yang terlibat dengan pergerakan menyeru bagi ketelusan melibatkan dana dari Venezuela.

Tunjuk perasaan itu menyeru bagi penamat terhadap rasuah dalam beberapa institusi negara muncul pada satu lagi ulang tahun politik Haiti – pemerintah­an diktator Duvalier yang berakhir pada 7 Februari, 1986. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? TUNJUK MARAH: Penunjuk perasaan menyertai protes terhadap bekas pegawai kerajaan yang dituduh menyalahgu­nakan dana Petrocarib­e, dan kadar inflasi negara itu di Port-au-Prince, Haiti pada Khamis.
— Gambar Reuters TUNJUK MARAH: Penunjuk perasaan menyertai protes terhadap bekas pegawai kerajaan yang dituduh menyalahgu­nakan dana Petrocarib­e, dan kadar inflasi negara itu di Port-au-Prince, Haiti pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia