Utusan Borneo (Sarawak)

Tujuh dipenggal, tiga gadis diculik di utara Mozambique

-

Tujuh orang dipenggal dan tiga remaja perempuan diculik lelaki bersenjata di wilayah utara Cabo Delgado, Mozambique pada awal Khamis, lapor Radio Mozambique (RM).

Penyerang menceroboh sebuah rumah di daerah Macomia sebelum memenggal kepala mangsa manakala beberapa lagi orang yang berada di tempat kejadian berjaya melarikan diri.

Mayat kesemua mangsa ditemui oleh penduduk lain dan remaja berusia antara 1315 tahun gagal dikesan.

Bimbang diserang kumpulan bersenjata kebanyakan penduduk di beberapa daerah wilayah itu bersembuny­i serta tidur di dalam hutan dan akan kembali ke rumah masingmasi­ng pada sebelah pagi — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia