Utusan Borneo (Sarawak)

Enam ditahan di Australia berkaitan kes rampasan dadah terbesar di AS

-

Enam orang ditahan di Australia berkaitan dengan kes rampasan dadah yang disifatkan rampasan domestik terbesar di Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita China Xinhua.

Dadah bernilai AS$ 915 juta dipercayai untuk penghantar­an pada Januari itu berjaya dirampas hasil siasatan bersama antara AS dan Australia.

Enam suspek terbabit ditahan anggota Polis Persekutua­n Australia (AFP) dan Polis Victoria pada Khamis di Victoria dan New South Wales.

Mereka didakwa mempunyai kaitan dengan sindiket jenayah terancang yang beroperasi di California.

“Ia adalah rampasan methamphet­amine terbesar lebih 1.7 tan sebelum dipasarkan di Australia,” kata penolong pesuruhjay­a AFP, Bruce Hill. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia