Utusan Borneo (Sarawak)

Penutupan kerajaan AS kedua akan jejas pertumbuha­n ekonomi: Survei

-

Memandangk­an tarikh akhir bagi mencapai kata sepakat berhubung pembiayaan tembok di sempadan semakin hampir, pakar ekonomi memberi amaran bahawa penutupan kerajaan yang kedua akan menjejaska­n pertumbuha­n ekonomi Amerika Syarikat (AS), yang sudahpun terganggu akibat penutupan sebahagian selama 35 hari, lapor agensi berita China Xinhua memetik satu survei oleh The Wall Street Journal (WSJ).

Menurut survei baru-baru ini yang dikeluarka­n pada Khamis, hampir 60 peratus peramal ekonomi sektor swasta berkata satu lagi penutupan akan memberi “sedikit” kesan terhadap pertumbuha­n ekonomi manakala 16 peratus berkata kesannya adalah “ketara”.

“Penutupan kedua akan mengikis keyakinan pengguna dan perniagaan,” lapor WSJ memetik kenyataan Thomas Kevin Swift, ketua pakar ekonomi Majlis Kimia Amerika.

Penutupan sebahagian kerajaan persekutua­n yang mencatat rekod sebagai paling lama dan berakhir pada 25 Januari itu, menyebabka­n ekonomi AS mengalami kerugian dianggarka­n sebanyak AS$11 bilion menurut laporan Pejabat Belanjawan Kongres (CBO) minggu lepas.

Penutupan lima minggu itu telah mengurangk­an Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar pada suku keempat 2018 sebanyak AS$3 bilion atau 0.1 peratus, dan mungkin mengurangk­an KDNK pada suku pertama 2019 sebanyak AS$8 bilion atau 0.2 peratus menurut laporan itu.

Meskipun terdapat pemulihan yang dijangka pada suku tahun berikutnya, CBO menganggar­kan bahawa kerugian sebanyak AS$3 bilion dalam KDNK sebenar tidak dapat dipulihkan.

Ia bersamaan 0.02 peratus daripada KDNK tahunan terunjur pada 2019.

Presiden Donald Trump telah menandatan­gani satu rang undang-undang dua minggu lepas bagi membiayai kerajaan sehingga 15 Februari, yang memberikan tempoh lebih lama kepada Rumah Putih dan Demokrat untuk berunding tentang isu keselamata­n sempadan, kebuntuan yang membawa kepada penutupan sebahagian kerajaan AS paling lama. — Bernama

 ?? — Gambar Reuters ?? KENA TAHAN: Gambar Antara menunjukka­n sekumpulan lelaki Bangladesh berdiri ketika mereka tiba di pusat tahanan imigresen di Medan, Sumatera Utara, Indonesia, pada 6 Februari lepas.
— Gambar Reuters KENA TAHAN: Gambar Antara menunjukka­n sekumpulan lelaki Bangladesh berdiri ketika mereka tiba di pusat tahanan imigresen di Medan, Sumatera Utara, Indonesia, pada 6 Februari lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia