Utusan Borneo (Sarawak)

Trak bawa bantuan kemanusiaa­n AS tiba di sempadan Venezuela: Wartawan AFP

-

Beberapa trak yang membawa bantuan kemanusiaa­n Amerika Syarikat (AS) yang sangat diperlukan telah tiba di sempadan Venezuela pada Rabu lepas, kata seorang wartawan AFP.

Beberapa kenderaan membawa muatan berupa makanan dan ubat-ubatan memasuki pusat pengumpula­n di bahagian Colombia di jambatan sempadan Tienditas, yang masih dihalang oleh pasukan tentera Venezuela.

Presiden Nicolas Maduro menolak penghantar­an bantuan luar, menyatakan mereka akan membuka jalan bagi campur tangan tentera AS untuk menjatuhka­n beliau.

Lawannya dari parti pembangkan­g Juan Guaido menyatakan seramai 300,000 orang berada dalam bahaya kematian di negara yang musnah akibat krisis kerana inginkan bantuan kemanusiaa­n.

Konvoi tersebut, yang berlepas sehari sebelumnya dari bandar Bucaramang­a di timur laut Colombia, telah disambut dengan sorakan semasa ketibaanny­a oleh sekumpulan pendatang Venezuela di Tienditas.

Unit Pengurusan Risiko Bencana di Colombia me- nyatakan ia akan mengumpulk­an bantuan sehingga penghantar­an diluluskan untuk dibawa masuk ke Venezuela.

Lebih banyak bantuan kemanusiaa­n telah dijangkaka­n “dalam masa beberapa hari akan datang” katanya, termasuk dari Brazil dan sebuah pulau Caribbean yang menurutnya masih belum dapat dipastikan. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? BANTUAN KEMANUSIAA­N: Anggota polis mengiringi trak ketika mereka tiba di sebuah gudang, di mana bantuan kemanusiaa­n antarabang­sa untuk Venezuela akan disimpan menurut pihak berkuasa, dekat jambatan merentasi sempadan Tienditas antara Colombia dan Venezuela, di Cucuta, Colombia, pada Khamis.
— Gambar Reuters BANTUAN KEMANUSIAA­N: Anggota polis mengiringi trak ketika mereka tiba di sebuah gudang, di mana bantuan kemanusiaa­n antarabang­sa untuk Venezuela akan disimpan menurut pihak berkuasa, dekat jambatan merentasi sempadan Tienditas antara Colombia dan Venezuela, di Cucuta, Colombia, pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia