Utusan Borneo (Sarawak)

RHB Research ulangi saranan ‘beli’ ke atas saham Maybank

-

RHB Research Institute mengulang saranan ‘beli’ ke atas sahamsaham Malayan Banking Bank Bhd (Maybank), dengan harga sasaran yang tidak berubah pada RM11.00.

“Maybank kekal sebaga pilihan utama kami bag bank-bank Malaysia,” sambi menambah Maybank dijadua mengumumka­n keputusan kewanganny­a bagi tempoh suku keempat 2018 (4Q18) pada 26 Februari.

“Kami nampak risiko sedikit kekurangan disebabkan oleh pendapatan bukan faedah yang lebih lemah berbanding jangkaan. Namun kualiti aset kekal stabil,” katanya.

RHB Research melihat ketidakten­tuan dalam pertumbuha­n global merupakan kebimbanga­n pada 2019.

Dalam negara katanya sudah nampak beberapa dasar yang pasti daripada kerajaan baharu walaupun lebih banyak lag perlu dilakukan.

“Maybank menjangkak­an pertumbuha­n akan berlaku dalam pinjaman pengguna walaupun kurang mantap berbanding tahun- tahun sebelumnya. Persaingan dar segi deposit masih wujud dan pengurusan menunjukka­n kesediaan untuk menaikkan kadar apabila diperlukan,” kata RHB Research. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia