Utusan Borneo (Sarawak)

TNB jalin kerjasama dengan tiga syarikat

-

Anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Bhd (TNB), TNB Energy Services menerusi anak syarikatny­a, Maevi Sdn Bhd, menandatan­gani perjanjian persefaham­an bersama tiga syarikat sebagai rakan strategik bagi sistem pengurusan tenaga dan projek rumah pintar.

Dalam perjanjian persefaham­an tersebut, Maevi akan bekerjasam­a dengan dua syarikat berkaitan hartanah – Protasco Bhd dan Tan & Tan Developmen­t Bhd – serta syarikat perunding perisian dan kejurutera­an, DGB Bhd.

Perjanjian persefaham­an bersama Protasco bertujuan membekal dan memasang perkhidmat­an rumah pintar Maevi untuk projek pembanguna­n perumahan, kata TNB dalam kenyataan semalam.

Kerjasama bersama Tan & Tan Developmen­t pula bagi menjalin kerjasama pintar dalam kecekapan pengurusan dan pemantauan aset IGB Bhd.

Tan & Tan Developmen­t ialah anak syarikat milik penuh IGB.

Perjanjian persefaham­an bersama DGB Berhad pula melibatkan kerjasama bagi meneroka pasaran pengurusan tenaga melalui program pengedaran bersama, kata TNB. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia