Utusan Borneo (Sarawak)

KPI kayu pengukur rakyat terhadap prestasi kerajaan PH

-

Semua peringkat kepimpinan negeri di Melaka perlu memastikan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) tahun ini dapat dicapai bagi memenuhi harapan rakyat yang meletakkan KPI sebagai kayu pengukur terhadap prestasi kerajaan Pakatan Harapan, kata Ketua Menteri Adly Zahari.

Beliau berkata KPI merupakan kunci penting terhadap penilaian kepimpinan di setiap peringkat kerana ia akan memberi kesan menyeluruh terhadap sistem kemasyarak­atan di negeri ini selain memastikan pengurusan dan pentadbira­n sedia ada berjalan lancar.

“Setiap penjawat awam atau pemimpin sama ada di peringkat rendah atau tinggi mempunyai peranan masingmasi­ng untuk dilaksanak­an bagi mencapai KPI yang telah ditetapkan.

“Kalau di sesuatu peringkat tidak melaksanak­an skop kerja atau peranan mereka dengan sebaiknya, ia bukan sahaja memberi kesan kepada sistem kerajaan negeri malah terhadap sistem kemasyarak­atan yang ada,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpuna­n Bulanan Pentadbira­n Kerajaan Negeri Melaka di sini, semalam.

Katanya peringatan untuk memastikan KPI yang ditetapkan akan dilakukan secara berterusan kerana ia melibatkan usaha dan komitmen konsisten daripada semua pihak terlibat dan bukannya boleh dicapai dalam tempoh yang singkat.

Adly berkata kerajaan negeri juga akan memberi fokus utama terhadap pembanguna­n negeri secara menyeluruh kerana ia akan memberi kesan kepada pendapatan negeri menerusi kutipan cukai.

Katanya semua projek pembanguna­n yang telah dirancang di negeri ini perlu dilaksanak­an segera agar ia dapat memberi impak positif bukan sahaja kepada kemajuan negeri malah sektor ekonomi.

“Saya meminta supaya penjawat awam di negeri ini memberi keutamaan kepada pembanguna­n negeri berbanding kutipan hasil kerana ia hanya boleh dikutip sekiranya pembanguna­n berjaya dilaksanak­an,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang belum dilaksana di negeri itu tidak akan diteruskan ekoran kekangan kewangan yang dihadapi Perbadanan PR1MA Malaysia, bagaimanap­un projek yang telah dilaksanak­an pembinaann­ya akan diteruskan sehingga selesai.

“Keputusan ini bagaimanap­un tidak akan memberi kesan kepada rakyat untuk memilik rumah kerana kita di peringkat kerajaan negeri mempunya perancanga­n sendiri sepert pembanguna­n Rumah Mampu Milik (RMM) dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT),” katanya.

Beliau berkata setakat ini sebanyak 19,000 unit RMM sedang dibangunka­n di Melaka daripada jumlah keseluruha­n 48,000 unit dalam tempoh lima tahun ini.

Katanya bagi PPRT pula kerajaan negeri bercadang membangunk­an PPRT di tapak PR1MA yang tidak akan diteruskan pelaksanaa­nnya namun ia bergantung kepada persetujua­n kerajaan persekutua­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia