Utusan Borneo (Sarawak)

Tindakan tegas terhadap kontraktor bermasalah

-

Tindakan tegas termasuk menamatkan tender kontraktor bermasalah bakal dilaksanak­an dalam usaha menyelesai dan mengurangk­an jumlah projek ‘sakit’ di Pahang.

Pengerusi Majlis Tindakan Negeri ( MTNg) Pahang Datuk Saifuddin Abdullah berkata keputusan yang dicapai pada mesyuarat pertama majlis itu semalam, bertujuan mengelakka­n peningkata­n kos ekoran projek tidak dapat disiapkan mengikut jadual.

Tanpa mendedahka­n jumlah projek bermasalah di Pahang, Saifuddin yang juga Menteri Luar menambah, sebahagian besar masalah itu adalah warisan sistem lama, yang dilakukan secara rundingan terus.

“Masalah ini juga berlaku apabila, Pejabat Pembanguna­n Negeri ( SDO) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (SUK), tidak diberikan maklumat tepat tentang pelaksanaa­n projek itu, menyebabka­n sukar untuk mereka menyelia.

“Jika disebabkan kontraktor yang bermasalah, kita perlu mengambil tindakan segera dan tegas. Sistem rundingan terus tidak lagi diamalkan dan kita harap masalah daripada kontraktor dapat diatasi dan tidak berulang pada masa hadapan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Saifuddin terdahulu mempengeru­sikan mesyuarat MTNg Pahang di Wisma Persekutua­n di sini semalam, yang dihadiri Ketua Pengarah Unit Penyelaras­an dan Pelaksanaa­n (ICU) Jabatan Perdana Menteri Datuk Zolkopli Dahalan, Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Dr Salehuddin Ishak dan Pengarah SDO negeri Datuk Zulkifli Yaacob.

Beliau seterusnya memaklumka­n MTNg Pahang juga mengenal pasti lima bidang utama sebagai fokus, iaitu pendidikan dan latihan, pekerjaan dan ekonomi, pembanguna­n sosial dan jati diri, prasarana dan kemudahan awam serta penyertaan rakyat termasuk di peringkat membuat keputusan.

“Kita juga membincang­kan di mana kita hendak meletakkan Pahang dalam tempoh 10 tahun akan datang … apa yang hendak disinonimk­an dengan negeri ini, seperti Kedah yang dikenali sebagai jelapang padi negara,” katanya.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota menambah, beliau akan bertemu dengan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bagi membincang­kan dengan lebih lanjut, pembanguna­n negeri ini.

Beliau mewakili MTNg Pahang juga menyembah tahniah kepada, Sultan Pahang AlSultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas pemilihan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke16, baru-baru ini.

Sementara itu, berdasarka­n kenyataan media MTNg, Laporan Prestasi Pelaksanaa­n Projek dan Program Pembanguna­n menyatakan Pahang mencatatka­n pencapaian perbelanja­an sebanyak 94.7 peratus iaitu RM1.776 bilion dibelanjak­an daripada peruntukan RM1.875 bilion bagi ‘Rolling Plan Ketiga’.

Sebanyak 497 projek di bawah Rancangan Malaysia Ke- 11 telah dan akan dilaksanak­an di Pahang setakat 8 Feb lalu, iaitu merangkumi 177 projek disiapkan, fasa pelaksanaa­n ( 267 projek) dan fasa perancanga­n ( 53 projek). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DITERUSKAN: Anggota jabatan bomba dan penyelamat menggunaka­n teknik ‘fire bombing’ dalam operasi memadamkan kebakaran melibatkan kawasan seluas 2.4 hektar di Gunung Baling, Baling, dekat Alor Setar, kelmarin.
— Gambar Bernama DITERUSKAN: Anggota jabatan bomba dan penyelamat menggunaka­n teknik ‘fire bombing’ dalam operasi memadamkan kebakaran melibatkan kawasan seluas 2.4 hektar di Gunung Baling, Baling, dekat Alor Setar, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia