Utusan Borneo (Sarawak)

Pastikan Belanjawan N. Sembilan dilaksanak­an segera: Aminuddin

-

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun meminta semua jabatan terlibat di negeri ini memastikan perkara yang telah diluluskan pada Belanjawan Negeri Sembilan 2019 pada Disember 2018 dapat dilaksanak­an segera.

“Saya mohon kepada semua jabatan yang terlibat memastikan segala yang telah kita umumkan (diluluskan) dapat dilaksanak­an dengan baik dan telus, bukan sahaja di peringkat negeri tetapi juga di peringkat daerah.

“Hari ini kita memasuki bulan Februari dan kita ingin melihat bahawa apa yang kita sebut dalam pembentang­an Belanjawan Negeri Sembilan 2019 di Dewan Undangan Negeri pada Disember 2018 dapat dilaksanak­an di setiap daerah,” katanya pada majlis Perhimpuna­n Pentadbira­n Kuala Pilah di sini, pagi semalam.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr. Razali Ab Malik, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri ( Pembanguna­n) Muhamad Nahar Mohd Sidek, Pegawai Kewangan Negeri Mohd Khidir Majid dan Pegawai Daerah Kuala Pilah Sharul Nizam Saleh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia