Utusan Borneo (Sarawak)

Menteri, wakil rakyat Sabah terlibat rasuah, tidak dicalon semula PRU

Tindakan bersesuaia­n kerana keutamaan kerajaan negeri adalah menjaga rakyat

-

SEMPORNA: Menteri dalam kabinet negeri mahupun wakil rakyat di Sabah yang didapati terbabit rasuah dan penyelewen­gan akan digugurkan dan tidak dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata tindakan itu disifatkan bersesuaia­n dan penting kerana keutamaan kerajaan negeri adalah menjaga rakyat.

“Jangan ada menteri saya, YB (Yang Berhormat) atau pegawai kerajaan terlibat dengan rasuah.

“Kalau ada yang terlibat (rasuah), pada PRU akan datang, saya akan tukar mereka, kita perlu ubah (cara) pemerintah­an (tidak terikut pemerintah­an lama),” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina bersama komuniti Cina di sini.

Mohd Shafie berkata pelbagai rancangan sedang di- laksanakan dan hasilnya akan mengambil sedikit masa dan rakyat perlu bersabar.

Ketika ditemui pemberita kemudianny­a, beliau berkata kerajaan negeri kini dalam usaha meningkatk­an penyertaan dan kerjasama rapat dengan Petronas agar industri hiliran minyak dan gas dapat dimanfaatk­an kerajaan negeri.

“Saya akan bincang dengan Petronas, kita banyak industri huluan minyak dan gas di negeri ini tetapi kita tidak mampu melibatkan diri.

“Namun saya percaya bagi industri hiliran kita boleh lakukan kerana kita miliki prasarana misalnya Taman Perindustr­ian Minyak dan Gas Sipitang (Sogit) serta Kluster Perindustr­ian Kelapa Sawit (POIC),” katanya.

Sementara itu, Mohd Shafie berkata, transforma­si tadbir urus kerajaan negeri mula menunjukka­n keberkesan­an, misalnya Jabatan Air Sabah yang berjaya mengumpul hasil sehingga kini berjumlah RM260 juta. Hasil berkenaan akan dipulangka­n semula kepada rakyat dengan cara menyelesai­kan masalah air dihadapi penduduk Sabah.

“Kita bagi selesai masalah air di Bugaya, Kuala Penyu, Tuaran danbanyakl­agitempaty­angtidak cukup bekalan air,” katanya.

Majlis sambutan Tahun Baharu Cina bersama komuniti Cina itu dihadiri kira-kira 1,000 orang yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menter Sabah, Datuk Jaujan Sambakong. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KENANGAN: Mohd Shafie bersama para tetamu ketika menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Dewan Perniagaan Cina dan Parti Warisan dari kalangan masyarakat Cina Semporna malam semalam.
— Gambar Bernama KENANGAN: Mohd Shafie bersama para tetamu ketika menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Dewan Perniagaan Cina dan Parti Warisan dari kalangan masyarakat Cina Semporna malam semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia