Utusan Borneo (Sarawak)

KUNJUNGAN ABANG JOHARI SEMARAKKAN KEMERIAHAN SAMBUTAN TBC DI MIRI •

- Oleh Sudan Ajang

HARI keempat sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) di Miri dimeriahka­n lagi dengan kunjungan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ke kediaman beberapa rakan kenamaan.

Bermula jam 9.30 pagi, Abang Johari bersama isteri Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang melakukan kunjungan pertama ke rumah Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin di Jalan Woodhouse.

Ketibaan beliau disambut meriah oleh keluarga Lee dan ahli kenamaan lain diiringi dengan tarian singa dan ‘Three Prince.’

Selepas itu, Abang Johari dan rombongan meneruskan kunjungan ke kediaman pemimpin setempat lain iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting di Jalan Bunga Tanjung.

Beliau kemudianny­a tidak ketinggala­n mengunjung­i kediaman ahli perniagaan Tan Sri Ling Chong Ho di Jalan Luak Bay di Tanjong Lobang, diikuti kediaman Tan Sri Datuk Amar Yaw Teck Seng di Marina Lagoon, Jalan Bandaraya Miri.

Abang Johari turut melakukan acara memotong kek dan menggaul makanan tradisi ‘Yee Sang.’

Mengiringi Ketua Menteri pada kunjungan tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian, Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin dan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri ( UndangUnda­ng, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Turut hadir Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus, Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat, ADUN Telang Usan Dennis Ngau, ADUN Mulu Dato Gerawat Gala dan tetamu kehormat lain.

 ??  ??
 ??  ?? TERUJA: (Dari kiri) Juma’ani, Abang Johari, Lee, Sebastian Ting, Dr Abdul Rahman ‘Three Prince’ semasa kunjungan Tahun Baharu Cina di kediaman Lee kelmarin.
TERUJA: (Dari kiri) Juma’ani, Abang Johari, Lee, Sebastian Ting, Dr Abdul Rahman ‘Three Prince’ semasa kunjungan Tahun Baharu Cina di kediaman Lee kelmarin.
 ??  ?? Lagoon. Kelihatan melawat kediaman Yaw di Marina TERTARIK: Abang Johari semasa
(dari kiri) Lee, Yaw Uggah dan Gerawat.
Lagoon. Kelihatan melawat kediaman Yaw di Marina TERTARIK: Abang Johari semasa (dari kiri) Lee, Yaw Uggah dan Gerawat.
 ??  ?? RAIKAN BERSAMA: (Dari tiga kanan) Juma’ani dan Abang Johari bersama yang lain memotong kek semasa mengunjung­i rumah terbuka Ting di Jalan Bunga Tanjung. Kelihatan sama (dari kiri) Gerawat, Lee, Dr Sim dan Douglas Uggah.
RAIKAN BERSAMA: (Dari tiga kanan) Juma’ani dan Abang Johari bersama yang lain memotong kek semasa mengunjung­i rumah terbuka Ting di Jalan Bunga Tanjung. Kelihatan sama (dari kiri) Gerawat, Lee, Dr Sim dan Douglas Uggah.
 ??  ?? CERIA: (Duduk dari kiri) Lee, Dr Sim, Uggah, Ting, Abang Johari, Juma’ani dan tetamu jemputan lain semasa berkunjung ke kediaman Datuk Sebastian Ting sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Miri kelmarin.
CERIA: (Duduk dari kiri) Lee, Dr Sim, Uggah, Ting, Abang Johari, Juma’ani dan tetamu jemputan lain semasa berkunjung ke kediaman Datuk Sebastian Ting sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Miri kelmarin.
 ??  ?? ISTIMEWA: Juma’ani bersama Abang Johari, Douglas Uggah dan Ling (tiga kiri) memotong kek sempena kunjungan ke rumah terbuka kediaman ahli perniagaan Tan Sri Ling Chong Ho di Jalan Luak Bay di Tanjong Lobang.
ISTIMEWA: Juma’ani bersama Abang Johari, Douglas Uggah dan Ling (tiga kiri) memotong kek sempena kunjungan ke rumah terbuka kediaman ahli perniagaan Tan Sri Ling Chong Ho di Jalan Luak Bay di Tanjong Lobang.
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Abang Johari dan Juma’ani bergambar bersama keluarga Yaw Teck Seng (duduk, tiga kiri) dan isteri Su Khuan Ying (duduk kanan). Kelihatan sama (duduk kiri) Dr Sim dan Uggah.
UNTUK ALBUM: Abang Johari dan Juma’ani bergambar bersama keluarga Yaw Teck Seng (duduk, tiga kiri) dan isteri Su Khuan Ying (duduk kanan). Kelihatan sama (duduk kiri) Dr Sim dan Uggah.
 ??  ?? SELAMAT TAHUN BAHARU: Abang Johari dan Juma’ani bersama Yaw dan Su memotong kek sempena kunjungan Tahun Baharu Cina di kediaman Yaw Teck Seng kelmarin.
SELAMAT TAHUN BAHARU: Abang Johari dan Juma’ani bersama Yaw dan Su memotong kek sempena kunjungan Tahun Baharu Cina di kediaman Yaw Teck Seng kelmarin.
 ??  ?? TURUT SERTA: (Dari kiri) Dennis, Rosey dan Sharifah Hasidah.
TURUT SERTA: (Dari kiri) Dennis, Rosey dan Sharifah Hasidah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia