Utusan Borneo (Sarawak)

Cardi B pimpin cabaran kuasa wanita di anugerah Grammy

-

DUA penyanyi rap, Kendrick Lamar dan Drake, mungkin mendahului pencalonan, tetapi Anugerah Grammy pada Ahad ini kelihatan bakal menjadi pameran bagi kuasa wanita.

Penyanyi rap yang lantang bersuara, Cardi B, dengan muzik dan kehidupan peribadi yang telah mendominas­i budaya pop sejak dua tahun lalu, mendahului cabaran pda malam terbesar dalam dunia muzik dengan persembaha­n secara langsung dan lima pencalonan Grammy, termasuk untuk album dan rekod terbaik.

Penyanyi R&B Alicia Keys akan menjadi hos Anugerah Grammy buat pertama kali, manakala Miley Cyrus, Janelle Monae, Camila Cabello dan Kacey Musgraves juga merupakan antara penghibur di majlis yang berlangsun­g di Los Angeles itu.

Menambah kepada kuasa bintang, legenda Motown Diana Ross akan naik ke pentas untuk menandakan harijadiny­a yang ke-75 pada Mac, dan harapan adalah tinggi bahawa Lady Gaga akan mempersemb­ahkan lagunya yang dicalonkan untuk anugerah Grammy dan Oscar ‘Shallow’ dari filem ‘A Star is Born’.

Namun Cardi B kemungkina­n besar akan menarik kebanyakan perhatian. Artis New York berusia 26 tahun itu merupakan seorang daripada hanya segelintir penyanyi rap wanita dan sudah menarik perhatian dengan mesej pemerkasaa­n wanita, perkahwina­nnya yang tidak menentu dengan penyanyi rap Offset, dan beberapa kolaborasi dan rekod hit, termasuk ‘I Like It’, ‘Girls Like You’ dan ‘Taki Taki’.

“Cardi B adalah seorang wanita yang sangat tegas dan mengawal kariernya. Dia amat berbakat dan ada sesuatu untuk disebut dan dia menyeronok­kan. Dia umpama udara segar,” kata Melinda Newman, pengarah Pantai Barat bagi majalah Billboard.

“Di antara Alicia Keys dan semua calon wanita, saya rasa kita ada pertunjuka­n yang sangat diketuai wanita. Itu tidak semestinya menurut perancanga­n, cuma ia terjadi begitu pada tahun ini,” tambah Newman.

Ia berbeza sekali daripada 2018, apabila kekurangan calon dan penghibur wanita mencetuska­n keributan media dan mendorong Recording Academy, dengan ahli-ahli yang memilih pemenang Grammy, untuk menambah jumlah calon dalam empat kategori teratas kepada lapan daripada lima.

Pada tahun ini, lima daripada lapan calon bagi anugerah album terbaik yang diidam-idamkan adalah wanita – album Cardi B ‘Invasion of Privacy’, album Janelle Monae ‘Dirty Computer’, album penyanyi lagu masyarakat Brandi Carlile ‘By the Way, I Forgive You’, album artis country Kacey Musgraves ‘Golden Hour’ dan album pendatang baharu R&B H.E.R. yang bertajuk ‘H.E.R.’

Enam daripada lapan pemuzik yang bertanding untuk anugerah artis baharu terbaik juga merupakan wanita, termasuk penyanyi ‘New Rules’ dari Britain, Dua Lipa, Chloe & Halle, Bebe Rexha dan H.E.R.

Sementara majlis itu mungkin memberi gambaran bahawa wanita menguasai dunia, jaminan tiada bagi jumlah artis yang akan membawa pulang anugerah Grammy.

Lamar mendahului dengan lapan pencalonan, kebanyakan­nya kerana menulis kebanyakan lagu dalam album runut bunyi filem ‘Black Panther’, yang dicalonkan untuk album terbaik.

Drake, artis paling berjaya dari segi komersil pada 2018, mengekori dengan tujuh pencalonan, termasuk untuk albumnya ‘Scorpion’ dan lagu single ‘God’s Plan’.

Ia belum lagi diketahui sama ada kedua-dua penyanyi rap itu akan membuat persembaha­n ataupun tidak esok (Ahad).

Anugerah Grammy akan berlangsun­g di Los Angeles pada 10 Februari dan akan disiarkan secara langsung menerusi televisyen CBS jam 8 malam ET/5 petang PT (0100 GMT). — Reuters

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? CALON ALBUM TERBAIK:Gambar kombinasi yang disusun oleh Reuters ini menunjukka­n barisan calon Anugerah Grammy untuk kategori ‘Album of the Year’ iaitu (dari kiri) Cardi B, Brandi Carlile, Drake, H.E.R., Post Malone, Janelle Monae, Kacey Musgraves dan Kendrick Lamar.
— Gambar Reuters CALON ALBUM TERBAIK:Gambar kombinasi yang disusun oleh Reuters ini menunjukka­n barisan calon Anugerah Grammy untuk kategori ‘Album of the Year’ iaitu (dari kiri) Cardi B, Brandi Carlile, Drake, H.E.R., Post Malone, Janelle Monae, Kacey Musgraves dan Kendrick Lamar.
 ?? — Gambar AFP ?? HOS: Pemenang Anugerah Grammy 15 kali Alicia Keys (tengah) semasa acara menghampar­kan karpet merah Anugerah Grammy di Los Angeles, California pada 7 Februari lepas.
— Gambar AFP HOS: Pemenang Anugerah Grammy 15 kali Alicia Keys (tengah) semasa acara menghampar­kan karpet merah Anugerah Grammy di Los Angeles, California pada 7 Februari lepas.
 ??  ?? DUA LIPA
DUA LIPA
 ??  ?? CARDI-B
CARDI-B

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia