Utusan Borneo (Sarawak)

Tujuh pelampau jihad dihukum penjara seumur hidup

Terbabit dalam serangan sebuah muzium dan pantai pada 2015 korbankan 60 nyawa kebanyakan pelancong

-

TUNIS: Mahkamah Tunisia menjatuhka­n hukuman penjara seumur hidup ke atas tujuh pelampau jihad dalam kes serangan ke atas sebuah muzium dan sebuah pantai pada 2015 yang mengorbank­an 60 orang, kebanyakan mereka pelancong, kata pendakwa semalam.

Puluhan defendan menghadapi dua perbicaraa­n berasingan dalam kes serangan yang berkait rapat itu, dan berlaku selang beberapa bulan di Tunis dan Sousse, tetapi ramai dibebaskan.

Tiga dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana kesalahan membunuh berhubung serangan pertama pada Mac 2015 di muzium Bardo di ibu negara, di mana dua lelaki bersenjata membunuh 21 pelancong asing dan seorang pengawal keselamata­n Tunisia.

Empat menerima hukuman yang sama bagi serangan yang berlaku di sebuah pusat pelanconga­n Sousse pada Jun tahun yang sama, yang mengorbank­an 38 orang, kebanyakan­nya pelancong British.

Defendan lain dihukum penjara antara enam hingga 16 tahun, kata jurucakap pendakwaan Sofiene Sliti semalam.

Pendakwa berkata kemudian bahawa mereka merancang untuk melancarka­n rayuan dalam kedua-dua kes.

Mahkamah dimaklumka­n kedua- dua serangan, yang diakui dilakukan oleh kumpulan Negara Islam (IS), berkait rapat.

Beberapa defendan menuding jari kepada pelarian Chamseddin­e Sandi sebagai dalang kedua-dua serangan.

Menurut media Tunisia, Sandi maut dalam satu serangan udara oleh Amerika Syarikat di negara jiran Libya pada Februari 2016, tetapi tanpa pengesahan.

Antara mereka yang menghadapi perbicaraa­n adalah enam kakitangan keselamata­n yang dituduh gagal memberi bantuan kepada orang dalam bahaya sewaktu serangan di Sousse.

Serangan itu dilancarka­n oleh Seifeddine Rezgui, yang melepaskan tembakan di sebuah pantai sebelum dia menyerang sebuah hotel mewah, di mana dia terus menembak bertubi-tubi menggunaka­n senapang kalashniko­v dan melontar bom tangan sebelum ditembak mati oleh polis.

Empat warga Perancis, empat warga Itali, tiga warga Jepun dan dua warga Sepanyol adalah antara mereka yang maut dalam serangan di Bardo, sebelum kedua-dua lelaki bersenjata terbabit, yang bersenjata­kan raifal serangan kalashniko­v, ditembak mati.

Siasatan menunjukka­n salah seorang lelaki bersenjata itu, Yassine Laabidi – yang dilahirkan pada 1990 dan berasal dari sebuah daerah mundur dekat Tunis – mempunyai amfetamina di dalam badannya.

Rakan seranganny­a Jaber Khachnaoui, yang dilahirkan pada 1994 dan berasal dari wilayah Kasserine yang daif di Tunisia, telah pergi ke Syria pada Disember 2014 menerusi Libya.

Seorang suspek yang disoal di mahkamah, pekerja buruh dari Tunis, Mahmoud Kechouri, berkata dia membantu merancang serangan di Bardo, termasuk menyediaka­n telefon bimbit untuk Sandi, seorang jiran dan rakan lama.

Kechouri, 33, berkata dia didorong oleh “kewajipan untuk mengambil bahagian dalam kemunculan pemerin- tahan khalifah (IS)”.

Defendan lain yang dituduh membantu menyediaka­n serangan berkata mereka hanya membincang­kan idea bersama rakan. Beberapa defendan mendakwa mereka diseksa dalam tahanan.

Ahli keluarga mangsa di Perancis dan Belgium menyaksika­n perbicaraa­n bagi kes serangan Sousse menerusi siaran video secara langsung.

“Ia adalah penting bagi kami untuk melihat, dan terutamany­a untuk mendengar – untuk cuba memahami peranan” setiap defendan kata seorang mangsa selamat dari Perancis.

“Sampai pada hujung proses ini akan membantu kam menutup lembaran, walaupun kami tidak mungkin akan pernah lupa.”

“Perbicaraa­n ini membolehka­n mereka – dengan mengatur sidang video dan memberi peluang untuk berhujah kepada peguam yang dipilih oleh mangsa – untuk akhirnya diiktiraf sebagai mangsa oleh kerajaan Tunisia,” kata Gerard Chemla, seorang peguam bagi mangsa Perancis.

Namun meratapi hakikat bahawa keluarga mangsa yang terbunuh belum lag menerima ganti rugi.

Serangan di Sousse, yang mengorbank­an 30 warga Britain, juga menjadi subjek prosiding di Mahkamah Keadilan Diraja di London yang ingin tahu apa yang telah berlaku.

Sejak pemberonta­kan pada 2011 yang mengguling­kan diktator Zine El Abidine Ben Ali, serangan pelampau jihad di Tunisia sudah mengorbank­an puluhan anggota pasukan keselamata­n.

Selain mengorbank­an rama orang, serangan di Bardo dan Sousse memberi tamparan yang buruk kepada sektor pelanconga­n yang amat penting di Tunisia – tetapi ia kin sudah mula pulih.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? BUKTI KUKUH: Gambar fail yang dikeluarka­n pada 22 Mac 2015 ini menunjukka­n rakaman gambar yang diambil dari kamera litar tertutup yang dikeluarka­n oleh Kementeria­n Dalam Negeri Tunisia di laman Facebookny­a. Ia dilaporkan menunjukka­n dua lelaki bersenjata (kanan) yang menyerang Muzium Bardo Negara Tunisia sambil membawa senjata dalam bilik manakala seorang lelaki (kiri) berlari keluar dari muzium.
— Gambar AFP BUKTI KUKUH: Gambar fail yang dikeluarka­n pada 22 Mac 2015 ini menunjukka­n rakaman gambar yang diambil dari kamera litar tertutup yang dikeluarka­n oleh Kementeria­n Dalam Negeri Tunisia di laman Facebookny­a. Ia dilaporkan menunjukka­n dua lelaki bersenjata (kanan) yang menyerang Muzium Bardo Negara Tunisia sambil membawa senjata dalam bilik manakala seorang lelaki (kiri) berlari keluar dari muzium.
 ?? — Gambar AFP ?? MANGSA TEMBAKAN: Dalam gambar fail yang diambil pada 26 Jun 2015 ini, mayat kelihatan di atas tanah di lokasi serangan tembakan di bandar peranginan Sousse di Tunisia.
— Gambar AFP MANGSA TEMBAKAN: Dalam gambar fail yang diambil pada 26 Jun 2015 ini, mayat kelihatan di atas tanah di lokasi serangan tembakan di bandar peranginan Sousse di Tunisia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia