Utusan Borneo (Sarawak)

DUA LOT PREMIS KILANG MUSNAH TERBAKAR

-

MIRI: Dua lot premis sebuah kilang pembekal paip pelbagai jenis musnah dalam kebakaran di Desa Senadin di sini, malam kelmarin.

Kebakaran kira-kira jam 9.30 malam itu dipercayai bermula dari bahagian belakang kilang yang menyebabka­n api merebak dengan cepat memusnahka­n kedua-dua premis tersebut.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng dibantu anggota BBP Miri bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan pada jam 9.39 malam.

“Kebakaran melibatkan dua lot premis milik sebuah syarikat di mana sebuah lot mengeluark­an barangbara­ng paip pelbagai jenis dan turut menempatka­n mesin-mesin pembuatan, manakala satu lagi lot adalah stor penyimpana­n.

“Kebakaran dipercayai bermula dari belakang salah sebuah lot premis yang kemudianny­a merebak ke lot sebelahnya.

“Kedua-dua lot telah digabungka­n menjadi satu menyebabka­n bahan PVC mudah terbakar dan merebak serta mengeluark­an asap tebal,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Law berkata, pihak bomba mengambil masa lebih kurang dua jam untuk mengawal api daripada merebak dan berjaya dikawal kira-kira jam 12.30 tengah malam.

“Salah sebuah lot musnah dalam anggaran kira-kira 70 peratus, manakala sebuah lagi lot musnah kira-kira 80 peratus.

“Operasi tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kematian mangsa,” katanya sambil menambah seramai 26 pegawai dan anggota bomba terlibat dalam usaha memadamkan api berkenaan.

Difahamkan, sehingga jam 4 petang semalam, pasukan bomba masih menjalanka­n operasi untuk memastikan api padam sepenuhnya.

Ujar Law, punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

 ??  ?? RANAP: Pandangan dari sisi kiri kilang tersebut menunjukka­n api menjulang memusnahka­n bahagian belakang premis.
RANAP: Pandangan dari sisi kiri kilang tersebut menunjukka­n api menjulang memusnahka­n bahagian belakang premis.
 ??  ?? BERASAP: Keadaan kilang tersebut yang masih lagi mengeluark­an asap pada pagi semalam.
BERASAP: Keadaan kilang tersebut yang masih lagi mengeluark­an asap pada pagi semalam.
 ??  ?? PADAMKAN: Anggota bomba berusaha untuk memadamkan ap yang cepat merebak itu.
PADAMKAN: Anggota bomba berusaha untuk memadamkan ap yang cepat merebak itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia