Utusan Borneo (Sarawak)

Chan: MBKS perlu kerjasama, sokongan

Kuching harus dikekalkan sebagai bandar raya tercantik, majlis perlu berteraska­n rakyat dalam setiap perkhidmat­an: Chan

- Oleh Marlinda Mardzuki

Kita bukan hanya mahu mengekalka­n Kuching sebagai bandar raya tercantik dan sejahtera, tetapi pada masa sama mahu memberikan perkhidmat­an terbaik ” kepada seluruh lapisan masyarakat.

Datuk James Chan Datuk Bandar MBKS

K U C H I N G : M a j l i s Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) memerlukan kerjasama dan sokongan pelbagai pihak dalam usaha memberikan perkhidmat­an terbaik kepada rakyat.

Datuk Bandar MBKS Datuk James Chan berkata, ia penting bagi memastikan keindahan bandar raya ini terus terpelihar­a.

Di bawah kerajaan Sarawak katanya, MBKS perlu bertindak adil dan berteraska­n rakyat dalam setiap perkhidmat­an yang diberikan.

“Kita bukan hanya mahu mengekalka­n Kuching sebagai bandar raya tercantik dan sejahtera, tetapi pada masa sama mahu memberikan perkhidmat­an terbaik kepada seluruh lapisan masyarakat.

“Maka itu, kita di MBKS amat memerlukan kerjasama daripada semua pihak untuk mencapai matlamat ini,” ujarnya pada Majlis RamahTamah Tahun Baharu Cina ( TBC) Bersama Komunti 2019 anjuran MBKS di Dewan Masyarakat, Jalan Padungan di sini, semalam.

Menyerikan lagi majlis tersebut ialah Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib.

Hadir sama, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Prof Dr Sim Kui Hian, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang dan tetamu jemputan lain.

Sehubungan itu, Chan berkata, sambutan perayaan seperti TBC yang diadakan semalam antara usaha MBKS untuk merapatkan diri dengan masyarakat.

“Kadang-kadang, kita mengadakan majlis bersama tetamu kehormat, tetapi pada hari ini (semalam) sempena dengan perayaan TBC, kita mengadakan program dengan mengalu-alukan kedatangan semua lapisan masyarakat,” katanya.

Beliau berharap dengan adanya majlis sebegini, secara langsung dapat mengukuhka­n perpaduan masyarakat berbilang kaum di Sarawak selain meningkatk­an kerjasama MBKS dengan pelbaga pihak.

Dianggarka­n 8,000 hingga 10,000 pengunjung daripada pelbagai kaum dan agama hadir pada majlis kali ini tambah beliau.

 ??  ??
 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? RAIKAN KEMAKMURAN: Tun Taib bersama Toh Puan Ragad, Dr Sim, Chan serta tetamu kehormat lain menggaul ‘Yee Sang’ pada Majlis Ramah-Tamah TBC MBKS Bersama Komunti 2019 di Kuching, semalam.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi RAIKAN KEMAKMURAN: Tun Taib bersama Toh Puan Ragad, Dr Sim, Chan serta tetamu kehormat lain menggaul ‘Yee Sang’ pada Majlis Ramah-Tamah TBC MBKS Bersama Komunti 2019 di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia