Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki ditahan di parkir kereta, dadah RM12,950 dirampas

Pemeriksaa­n dijalankan terhadap suspek menjumpai peket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki Methamphet­amine

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Polis berjaya merampas dadah dianggarka­n bernilai RM12,950 susulan penangkapa­n seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun di parkir kereta belakang bangunan sebuah bank di Jalan Kosmos di sini, malam kelmarin.

Suspek lelaki itu ditahan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri pada jam 10.05 malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superinten­den Mohd Sabri Zainol berkata, hasil pemeriksaa­n yang dijalankan terhadap suspek telah menjumpai satu peket plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphet­amine.

“Antara barang yang berjaya dirampas ialah satu peket plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphet­amine dengan berat kasar 80.90 gram, satu bekas plastik warna kelabu dan satu jaket lengan panjang warna hijau.

“Polis menganggar­kan anggaran nilai dadah yang dirampas dalam tangkapan suspek terbabit kira- kira RM12,950,” katanya dalam satu kenyataan media di sini semalam.

Sehubungan itu, kesemua rampasan dijadikan barang kes dan suspek dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah

“Tangkapan dan rampasan adalah disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta ” yang sama. Superinten­den Mohd Sabri Zainol Timbalan Ketua Polis Daerah Miri

Narkotik IPD Miri untuk siasatan lanjut.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphet­amine.

“Tangkapan dan rampasan adalah disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama,” ujarnya.

Menurutnya, jika sabit kesalahan, suspek boleh dijatuhkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan juga disebat tidak kurang 15 sebatan jika tidak dihukum hukuman mati.

 ??  ?? SUSPEK: Lelaki tempatan berusia 32 tahun ditahan setelah didapati memiliki dadah dengan anggaran nilai RM12,950.
SUSPEK: Lelaki tempatan berusia 32 tahun ditahan setelah didapati memiliki dadah dengan anggaran nilai RM12,950.
 ??  ?? DIRAMPAS: Peket plastik berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah, satu bekas plastik warna kelabu dan satu jaket lengan panjang warna hijau adalah antara barang yang dirampas.
DIRAMPAS: Peket plastik berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah, satu bekas plastik warna kelabu dan satu jaket lengan panjang warna hijau adalah antara barang yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia