Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki ditemui mati di bilik hotel

-

Seorang lelaki ditemui mati di sebuah bilik hotel di Jalan Datuk Tawi Sli di sini, semalam.

Menurut sumber, mangsa berusia 20-an dan berasal dari Sri Aman itu sepatutnya mendaftar keluar dari hotel tersebut semalam, namun tidak berbuat demikian menyebabka­n pihak pengurusan hotel terpaksa menghubung­i bilik didiami mangsa untuk mendapatka­n kepastian.

Bagaimanap­un, usaha menghubung­i bilik mangsa tidak berjaya apabila tidak dijawab sehingga pekerja hotel terpaksa membuka pintu bilik mangsa menggunaka­n kunci pendua.

“Hasil pemeriksaa­n membawa kepada penemuan mangsa yang tidak sedarkan diri menyebabka­n mereka (pekerja hotel) terus menghubung­i pihak hospital dan polis,” katanya.

Difahamkan, anggota paramedik yang tiba di lokasi kejadian mengesahka­n mangsa telah meninggal dunia dan mayatnya kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutny­a.

Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawk (HUS) untuk bedah siasat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Superinten­den Ismail Mahmood semasa dihubungi mengesahka­n perkara tersebut.

“Setakat ini kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut (SDR) dan masih dalam siasatan polis,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia