Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga dicekup, polis selesaikan kes pecah masuk di Bintulu

-

Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita tempatan di sebuah rumah di Kampung Baru di sini sekitar jam 3.15 petang kelmarin, sekali gus menyelesai­kan satu kes pecah masuk melibatkan sebuah pejabat di Jalan Sultan Iskandar pada 3 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superinten­den Zulkipli Suhaili dalam satu kenyataan media semalam mengesahka­n ketigatiga suspek berumur antara 27 dan 39 tahun berada di rumah terbabit ketika serbuan di- jalankan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu.

“Hasil pemeriksaa­n yang dijalankan turut menemui pelbagai peralatan pertukanga­n seperti mesin gerudi, mesin pengasah, mesin pemecah dan banyak lagi peralatan pertukanga­n lain yang dianggarka­n bernilai RM15,000 di rumah berkenaan,” ujarnya.

Katanya, kesemua suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau itu akan dibawa ke Mahkamah Bintulu bagi permohonan ta- hanan reman untuk membantu siasatan.

“Dengan tertangkap­nya ketiga-tiga suspek ini, kita telah berjaya menyelesai­kan satu kes pecah masuk pejabat yang dilaporkan berlaku pada 3 Februari lalu,” tambahnya.

Kes tersebut katanya, akan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga lima tahun berserta denda dan jika didapati berniat untuk mencuri, hukuman penjara boleh dilanjutka­n sehingga 14 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia