Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga cedera parah kereta terbabas, langgar pokok

-

Seorang pemandu dan dua penumpang mengalami kecederaan parah selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Pujut 7 di sini, malam kelmarin.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira- kira jam 10.10 malam ketika kereta tersebut sedang dalam perjalanan dari arah Permyjaya ke Pujut 7.

Kejadian menyebabka­n ketiga- tiga mangsa dalam lingkungan 20- an mengalami kecederaan di beberapa bahagian anggota badan dan kepala.

Kemalangan berlaku apabila kereta tersebut dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke pembahagi jalan dan melanggar sebatang pokok.

Akibat kemalangan terbabit, kereta berkenaan mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan.

Ketiga- tiga mangsa ke- mudiannya dikejarkan ke Hospital Miri menggunaka­n ambulans untuk mendapatka­n rawatan lanjut.

 ??  ?? REMUK: Keadaan kereta dalam kemalangan tersebut.
REMUK: Keadaan kereta dalam kemalangan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia