Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat Pemindahan Dewan MDK ditutup susulan banjir pulih

-

Pusat Pemindahan Dewan Majlis Daerah Kanowit (MDK) yang dibuka pada Jumaat telah ditutup sepenuhnya pada jam 10 pagi semalam.

Menurut Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, kesemua 25 mangsa daripada 14 keluarga telah pulang ke rumah masing-masing dengan selamat.

Mangsa yang terjejas akibat banjir adalah dari Rumah Ling, Sungai Poi, rumah persendiri­an dan Rumah Latit.

Sementara itu, keadaan banjir semakin surut dan pasukan peninjau akan melakukan pemantauan di kawasan yang terjejas.

 ??  ?? PULIH: Pemantauan agensi terlibat mendapati banjir di sekitar kawasan Rumah Ling mulai surut.
PULIH: Pemantauan agensi terlibat mendapati banjir di sekitar kawasan Rumah Ling mulai surut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia