Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak tidak hirau dianggap terlalu bercita-cita tinggi

Impian memiliki syarikat penerbanga­n sendiri adalah pelaburan kerajaan untuk memberi balik kepada rakyat: Abang Johari

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Kerajaan Sarawak tidak hirau dianggap terlalu bercita- cita tinggi untuk memiliki syarikat penerbanga­n sendiri.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, impian itu adalah pelaburan kerajaan negeri untuk memberi balik kepada rakyat.

“Sekarang masih dalam proses perbincang­an. Kita mahu ada syarikat penerbanga­n kita sendiri. Kerajaan negeri perlu melabur membangunk­an infrastruk­tur termasuk penerbanga­n.

“Ada orang cakap very ambitious (terlalu bercita-cita tinggi). Oklah. Ambitious, ambitious- lah. Don’t care- lah (tidak peduli). Kita memiliki dana. Asalkan tidak merugikan,” ujarnya pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Miri-Sibuti, malam kelmarin.

“Beri saya masa kerana saya perlu berbincang, saya ada formula tapi saya tidak dapat dedahkan kepada anda malam ini. Saya ada formula, anda cuma perlu ” berdoa, tolong saya realisasik­an ini. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

Abang Johari berkata, Sarawak masih berdepan masalah kekurangan jaringan pengangkut­an udara yang memberi kesan terhadap pertumbuha­n industri pelanconga­nnya.

Justeru katanya, Sarawak mahu membuka destinasi pelanconga­nnya kepada negara luar dengan adanya lebih banyak penerbanga­n terus menerusi syarikat penerbanga­n sendiri.

Di Miri katanya, antara potensi besarnya ialah sukan golf 36 lubang yang boleh menarik kunjungan pelancong dari Korea serta tarikan alam semula jadi Taman Negara Niah dan Taman Negara Mulu.

“Pelanconga­n, masalahnya adalah penerbanga­n. Infrastruk­tur sudah ada, tarikan sudah ada, perlu menyelesai­kan masalah perhubunga­n udara dan harus ditangani.

“Beri saya masa kerana saya perlu berbincang, saya ada formula tapi saya tidak dapat dedahkan kepada anda malam ini. Saya ada formula, anda cuma perlu berdoa, tolong saya realisasik­an ini,” katanya.

Tentang Gabungan Parti Sarawak (GPS), Abang Johari berkata, parti memiliki polisi ekonomi yang jelas untuk memacu ekonomi Sarawak mencapai status negeri maju pada 2030.

Melibatkan gabungan PBB, SUPP, PDP dan PRS katanya, GPS mampu berdiri sendiri membangunk­an negeri in dengan sokongan rakyat yang semakin matang dan pintar.

“Sarawak dimiliki oleh rakyat Sarawak, kita teruskan perjuangan kita, jangan tengok saja, mata pun sakit Sekarang kita perlu ada pelan untuk kita terus ke depan.

“Kita ada perpaduan yang baik. Ada bakat. Kita cuba bangunkan ekosistem agar rakyat dapat menggunaka­n bakat untuk membangunk­an rakyat,” jelasnya.

Hadir sama Datin Patingg Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Presiden SUPP Datuk Dr Sim Hui Kian Menteri Muda Pelanconga­n Kesenian dan Kebudayaan yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Liason SUPP MiriSibuti Datuk Lee Kim Shin dan ADUN Piasau merangkap pengerusi pengelola Datuk Sebastian Ting.

 ??  ?? UNTUK KEMAKMURAN: Abang Johari ditemani Juma’ani, Uggah, Sim dan Ting menggaul hidangan ‘Yee Sang’ tanda simbolik perasmian Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina SUPP Miri Sibuti malam kelmarin.
UNTUK KEMAKMURAN: Abang Johari ditemani Juma’ani, Uggah, Sim dan Ting menggaul hidangan ‘Yee Sang’ tanda simbolik perasmian Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina SUPP Miri Sibuti malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia