Utusan Borneo (Sarawak)

Stesen Hidupan Liar/Rusa Lawas dibangun sebagai pusat ternakan rusa Sambar

-

Stesen Hidupan Liar/Rusa Lawas di Kampung Long Sebanggang bakal dibangunka­n sebagai satu lagi pusat ternakan rusa jenis Sambar berjumlah 140 ekor.

Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata, selain rusa, kerajaan negeri melalui Kementeria­n Pertanian Sarawak akan memulakan projek ternakan kambing di kawasan tersebut.

Beliau berkata, stesen berkenaan akan diberi nafas baharu untuk menjadikan­nya sebuah pusat yang lebih produktif.

“Selain rusa, kita mahu pusat ini dimanfaatk­an sepenuhnya untuk program ternakan kambing bagi tujuan dibekalkan kepada mereka yang berminat dalam penternaka­n kambing.

“Ini memandangk­an kesesuaian kawasan dan keluasanny­a yang masih boleh digunakan secara maksimum,” ujarnya ketika melakukan lawatan kerja dan perasmian pondok peninjau di Stesen Hidupan Liar/Rusa di Kampung Long Sebanggang, Ba’Kelalan kelmarin.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong, Pegawai Veterinar Bahagian Limbang Dr William Rovina Nating dan pegawai-pegawai kanan Kementeria­n Pertanian Sarawak.

Sementara itu, Henry berkata, kawasan berkenaan mempunyai potensi yang amat besar dalam aspek agropelanc­ongan.

“Ini disebabkan, ternakan rusa dapat dilihat secara dekat oleh penduduk tempatan dan pelancong yang ingin melihat sendiri ke- hidupan kumpulan rusa Sambar.

“Selain itu, penglibata­n agensi lain juga amat diperlukan dalam mempromosi kawasan ini menjadi lokasi pelanconga­n,” ujarnya.

Oleh itu katanya, peruntukan akan disalurkan untuk menambah baik kemudahan inftastruk­tur di stesen hidupan liar tersebut.

 ??  ?? PUSAT TERNAKAN: Dr Abdul Rahman menyaksika­n Henry memotong reben bagi merasmikan Stesen Hidupan Liar/Rusa Lawas di Kampung Long Sebanggang, kelmarin.
PUSAT TERNAKAN: Dr Abdul Rahman menyaksika­n Henry memotong reben bagi merasmikan Stesen Hidupan Liar/Rusa Lawas di Kampung Long Sebanggang, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia