Utusan Borneo (Sarawak)

Tun Taib dan isteri meriahkan Majlis Ramah-Tamah TBC Bersama Komuniti 2019

-

Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib menghadiri Majlis Ramah- Tamah Tahun Baharu Cina (TBC) Bersama Komuniti 2019 di Dewan Masyarakat, Jalan Padungan di sini, semalam.

Majlis itu merupakan anjuran Majlis Bandaraya Kuching Selatan ( MBKS) yang bertujuan untuk merapatkan hubungan dengan masyarakat di bandar raya ini.

Kehadiran Tun Taib serta isteri disambut penuh meriah dengan acara tradisi tarian singa yang disediakan oleh pihak penganjur.

Turut menyambut ketibaan Tun Taib ialah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Prof Dr Sim Kui Hian dan Datuk Bandar MBKS Datuk James Chan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang serta tetamu jemputan lain.

Pada majlis itu, Tun Taib serta isteri melakukan upacara menggaul ‘Yee Sang’ bersama tetamu jemputan lain.

Majlis yang diadakan setiap tahun itu dibuka kepada orang ramai dan diangggark­an seramai 10,000 pengunjung daripada pelbagai kaum dan agama menghadiri­nya dengan pelbagai acara sampingan disediakan.

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? ALBUM: Tun Taib bersama Toh Puan Ragad, Dr Sim, Chan serta tetamu kehormat lain merakamkan kenangan pada majlis itu
— Gambar Muhammad Rais Sanusi ALBUM: Tun Taib bersama Toh Puan Ragad, Dr Sim, Chan serta tetamu kehormat lain merakamkan kenangan pada majlis itu
 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? MESRA: Chan merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian daripada para pengunjung pada majlis tersebut
— Gambar Muhammad Rais Sanusi MESRA: Chan merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian daripada para pengunjung pada majlis tersebut
 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? MERIAH: Sebahagian orang ramai yang menghadiri Majlis Ramah-Tamah TBC MBKS Bersama Komunti 2019 MBKS, semalam.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi MERIAH: Sebahagian orang ramai yang menghadiri Majlis Ramah-Tamah TBC MBKS Bersama Komunti 2019 MBKS, semalam.
 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? SELAMAT DATANG: Tun Taib diiringi Chan semasa tiba pada Majlis Ramah-Tamah TBC Bersama Komunti 2019 di Kuching semalam.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi SELAMAT DATANG: Tun Taib diiringi Chan semasa tiba pada Majlis Ramah-Tamah TBC Bersama Komunti 2019 di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia