Utusan Borneo (Sarawak)

Persatuan digalak anjur aktiviti pupuk semangat perpaduan rakyat: Harden

-

Setiap persatuan di negeri ini diseru menganjurk­an aktiviti kemasyarak­atan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat.

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berkata, kerajaan sentiasa menggalakk­an setiap anggota masyarakat menyertai persatuan bagi meningkatk­an semangat kerjasama dan setiakawan.

“Penyertaan anggota masyarakat dalam persatuan-persatuan di negeri ini adalah sangat penting bagi merealisas­ikan hasrat sebuah masyarakat yang bersatu padu dan aman damai,” ujarnya.

Ketika ditemui semasa menyampaik­an bantuan bulanan kebajikan kepada salah seorang warga emas, Hew Fong Sin di kediamanny­a di Jalan Foochow di sini pagi semalam, Harden menegaskan persatuan turut memainkan peranan penting dalam mempromosi­kan adat serta kebudayaan pelbagai kaum di Sarawak.

“Setiap kaum di negeri ini memiliki adat resam dan budaya unik masing-masing. Maka itu, dengan berpersatu­an, kita secara tidak langsung berpeluang untuk memartabat­kannya ke satu peringkat lebih tinggi,” katanya.

Harden menambah, semangat bekerjasam­a, kerajinan dan kejujuran dalam kalangan para pemimpin serta ahli persatuan adalah ciri-ciri penting untuk mengekalka­n kedudukan sesebuah persatuan.

“Ciri-ciri sedemikian perlu wujud dalam setiap persatuan untuk memastikan persatuan sentiasa bergerak aktif serta mengekalka­n kerjasama,” katanya.

Hadir sama Penolong Pegawai Pembanguna­n Masyarakat di Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman Kisamudin Kiprawi dan Pembantu Pembanguna­n Masyarakat di jabatan berkenaan Hamilie Sahat.

 ??  ?? RAIKAN BERSAMA: Dr Abdul Rahman (tengah, baris kedua) ditemani isteri bergambar kenangan bersama jawatankua­sa Persatuan Cina Bandar Baru Samariang pada Majlis Gong Xi Fa Cai (Tahun Baharu Cina) Peringkat DUN Pantai Damai 2019 malam kelmarin.
RAIKAN BERSAMA: Dr Abdul Rahman (tengah, baris kedua) ditemani isteri bergambar kenangan bersama jawatankua­sa Persatuan Cina Bandar Baru Samariang pada Majlis Gong Xi Fa Cai (Tahun Baharu Cina) Peringkat DUN Pantai Damai 2019 malam kelmarin.
 ??  ?? BANTUAN KERAJAAN: Harden (dua kiri) menyampaik­an bantuan bulanan kebajikan kepada Hew (duduk di kerusi roda) sambil diperhatik­an Kisamudin (kiri) dan Hamilie (dua kanan) serta yang lain.
BANTUAN KERAJAAN: Harden (dua kiri) menyampaik­an bantuan bulanan kebajikan kepada Hew (duduk di kerusi roda) sambil diperhatik­an Kisamudin (kiri) dan Hamilie (dua kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia