Utusan Borneo (Sarawak)

Program Jalinan Perpaduan TBC di Kediaman Hii Nursery meriah

-

Kira-kira 100 orang hadir memeriahka­n Program Jalinan Perpaduan Sempena Tahun Baharu Cina (TBC) 2019 di Kediaman Hii Nursery, Sungai Durin di sini.

Program dihadiri pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, dan Iban dirasmikan oleh Setiausaha Sulit Ahli Dewan Udangan Negeri ( ADUN) Dudong Tiong Sie Keong.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga ( KRT) Sungai Durin Hu Ley Kiing berkata program anjuran KRT Sungai Durin itu bagi mengeratka­n silaturahi­m dalam kalangan pemimpin dan masyarakat.

“Program bagi mewujudkan suasana muhibah masyarakat pelbagai kaum, agama dan budaya itu merupakan program tahunan KRT kami dan dimasukkan dalam takwim aktiviti Rukun Tetangga (RT).

“Kita juga mahu meraikan sambutan TBC bersama masyarakat setempat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perpaduan Bahagian Sibu, Siti Nurfatimah Hussen menggesa masyarakat mengukuhka­n perpaduan dan sentiasa memelihara keharmonia­n kawasan kejiranan mereka.

“Kita di Sarawak menjadi tempat tinggal masyarakat majmuk mempunyai pelbaga kebudayaan terdiri berbaga etnik dan latar belakang dan semuanya memainkan peranan penting dalam pembinaan negara bangsa,” katanya.

Majlis itu turut diserikan dengan penyampaia­n sumbangan angpau kepada warga emas dan kanak-kanak.

 ??  ?? KONGSI KECERIAAN: Fatimah (tiga kiri), Tiong (kanan) dan Hu (kiri menyampaik­an angpau kepada warga emas.
KONGSI KECERIAAN: Fatimah (tiga kiri), Tiong (kanan) dan Hu (kiri menyampaik­an angpau kepada warga emas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia