Utusan Borneo (Sarawak)

Ali Biju adakan kunjungan TBC di pekan Saratok, Roban

-

Ahli Parlimen Saratok Ali Biju meluangkan masa mengadakan kunjungan Tahun Baharu Cina (TBC) ke kediaman ketua- ketua masyarakat di sekitar Saratok dekat sini pagi semalam.

Antara kediaman yang dikunjungi beliau ialah kediaman Pemanca Tan Yok Ngee di pekan Saratok, selain beberapa kediaman penduduk di pekan Roban.

Beliau ketika ditemui menyifatka­n bahawa kunjungan sedemikian mampu mengeratka­n lagi silaturahi­m antara penduduk, terutama dengan kaum yang meraikan sesuatu perayaan.

“Ini merupakan peluang kita dari bangsa lain terutamany­a Iban dan Melayu untuk berkunjung ke rumah-rumah sahabat kita berbangsa Tiong- hua sambil mengukuhka­n lag silaturahi­m,” katanya.

 ??  ?? ERAT HUBUNGAN: Ali (tengah) bergambar kenangan bersama Tan (depan, dua kanan) serta keluarga semasa kunjungan TBC d kediamanny­a di Saratok pagi semalam.
ERAT HUBUNGAN: Ali (tengah) bergambar kenangan bersama Tan (depan, dua kanan) serta keluarga semasa kunjungan TBC d kediamanny­a di Saratok pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia