Utusan Borneo (Sarawak)

Chong saran pembayar cukai tampil bayar cukai melalui PKPS

-

Pembayar cukai disaran tampil membayar cukai melalui Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang menawarkan penguranga­n kadar penalti istimewa.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen berkata, kadar tersebut ialah 10 peratus bagi pembayar yang membayar cukai sehingga 31 Mac 2019, sementara penguranga­n 15 peratus penalti sebelum 30 Jun 2019.

“Di bawah kerajaan sebelum ini, pembayar cukai dikenakan penalti sehingga 300 peratus tetapi selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kepimpinan negara, kita melalui program sukarela hanya menawarkan diskaun khas.

“Maka itu bagi yang layak membayar cukai, anda disaran merebut peluang tawaran ini dengan tampil untuk mendaftar sebagai pembayar cukai sekiranya belum dan mereka yang telah mendaftar tetapi belum melaporkan pendapatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di sini, semalam.

Chong yang juga Pengerusi DAP negeri berkata, pengeluara­n surat makluman program sukarela itu adalah langkah terbaik oleh kerajaan PH agar pembayar cukai mengisytih­ar pendapatan atau mendaftar.

Jelasnya, kerajaan memberi jaminan bahawa hasil kutipan cukai berkenaan nanti akan digunakan sepenuhnya ke atas perkara yang memberi manfaat kepada rakyat.

Sementara itu Ahli Parlimen Stampin itu berkata, bagi mereka yang turut menerima surat makluman program daripada LHDN tetapi berpendapa­tan di bawah RM3,000 sebulan tidak perlu bimbang.

“Mungkin ada di antara individu menerima surat ini daripada LHDN, tetapi anda tidak perlu risau sekiranya pendapatan bulanan dibawah RM3,000 kerana ia tidak melayakkan anda dikenakan cukai.

“Namun kepada mereka yang ragu-ragu sama ada mereka dikenakan cukai atau tidak mereka boleh mendapatka­n khidmat nasihat bersama perunding cukai bagi memastikan semuanya jelas,” katanya.

Beliau berkata, sejak akhirakhir ini ramai di kalangan masyarakat melahirkan kebimbanga­n kerana turut menerima surat berkenaan memandangk­an ada di antaranya berpendapa­tan kurang daripada RM3,000 sebulan.

Sementara itu maklumat lanjut mengenai program boleh didapati daripada Pejabat LHDN terdekat atau muat turun Garis Panduan Program Khas Pengakuan Sukarela daripada porta rasmi LHDN di www.hasil.gov my atau hubungi Hasil Care Line menerusi talian 1-80088-5436.

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Chong (kiri) menunjukka­n surat makluman Pro gram Khas Pengakuan Sukarela yang dikeluarka­n LHDN semasa sidang media, semalam.
SIDANG MEDIA: Chong (kiri) menunjukka­n surat makluman Pro gram Khas Pengakuan Sukarela yang dikeluarka­n LHDN semasa sidang media, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia