Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan perlu reformasi prosedur mohon kewarganeg­araan, kata Alan

-

Ahli Dewan Negara Senator Alan Ling berharap kerajaan Pakatan Harapan (PH) melalui Kementeria­n Dalam Negerinya mereformas­ikan kaedah dan prosedur permohonon­an kewarganeg­araan di bawah Perkara 15A Perlembaga­an Persekutua­n.

Jelasnya, kerajaan sekarang harus mengambil berat terhadap isu kewarganeg­araan dan berharap satu sistem yang efektif dikenakan untuk memudahkan orang ramai dalam urusan permohonan.

“Kebanyakan kes yang dipohon selama ini tidak mendapat maklum balas sehingga bertahun-tahun untuk mendapatka­n status kewarganeg­araan tersebut, ini menyu- karkan mereka untuk pelbagai urusan termasuk pendidikan, pekerjaaan serta perkara lain,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis Tahun Baharu Cina bersama ahli Persatuan Wartawan Sarawak Utara (NSJA) di kediamanny­a di sini, petang semalam.

Tegas Setiausaha PH Sarawak itu, kecekapan di bahagian Kementeria­n Dalam Negeri turut perlu dipertingk­atkan.

“Bukan sahaja kanak-kanak tanpa status kewarganeg­araan yang susah, malah ibu bapa kepada kanak- kanak turut berasa sengsara kerana terpaksa melihat anak-anak membesar tanpa identiti kewarganeg­araan.

“Oleh itu, saya cadangkan agar keputusan wajib diberikan kepada pemohon dalam tempoh 90 hari selepas permohonan dilakukan,” ujarnya.

Katanya, mengikut statistik rasmi di Sarawak menunjukka­n seramai 3,377 permohonan masih dalam proses.

Dalam pada itu, Alan bersyukur Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengkaji prosedur untuk memudahkan proses pemohonan perlembaga­an Perkara 19 untuk kewarganeg­araan melalui penaturali­sasian.

“Diharapkan prosedur tersebut turut dipercepat­kan agar isu kewarganeg­araan dapat diselesaik­an segera.

“Ini penting kerana anak- anak kita ini nanti yang akan berkhidmat kepada negara dan memberi sumbangan untuk masa depan negara yang lebih cerah,” katanya.

Terdahulu, jelas Alan sambutan Tahun Baharu Cina bukan sahaja menghimpun­kan pelbagai kaum dan agama untuk bersama meraikanny­a, tetapi pada masa sama golongan yang berasa mereka dipinggirk­an turut perlu diambil berat.

“Dalam kita bergembira meraikan perayaan ini, kita juga tidak lupa kepada mereka yang berasa mereka terpingkir kerana masih menunggu identiti mereka yang masih dalam proses permohonan,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia