Utusan Borneo (Sarawak)

KM akan diberi taklimat mengenai isu tahanan di Kemboja pada Isnin

-

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan diberi taklimat mengenai 44 rakyat Sarawak yang ditahan di sebuah penjara daerah di Kemboja pada Isnin ini.

Menurut beliau, Pejabat Luar Malaysia di Kuching akan menghantar kakitangan untuk memberi taklimat kepada kerajaan Sarawak susulan mesyuarat yang diadakan di Putrajaya, semalam.

“Saya belum terima apa-apa maklumat, tetapi pegawai ( Pejabat Luar Malaysia di Kuching) akan berjumpa saya pada hari Isnin dan akan memberikan penerangan kepada saya.

“Sekarang (pegawai berkenaan) berada di Putrajaya. Hari ini (semalam) ada mesyuarat di Putrajaya di Kementeria­n Luar,” ujarnya ketika ditanya pemberita mengenai perkembang­an terkini isu berkenaan.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan rumah terbuka sempena Tahun Baharu Cina di kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Dudong Datuk Tiong Thai King yang juga Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) di Jalan Tun Abang Haji Openg, semalam.

Turut serta pada kunjungan itu ialah Datin Patinggi Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee.

Hadir sama ialah Ket- ua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit, Residen Sibu Charles Siaw, Temenggung Dato Vincent Lau Lee Ming dan Temenggung Stanley Geramong.

Sementara itu, Wisma Putra pada Khamis mengesahka­n laporan penahanan 47 rakyat Malaysia di Poi Pet, Kemboja sejak 11 Disember tahun lalu.

Daripada kesemua mereka yang ditahan, 44 dari Sarawak dan lebih kurang 10 orang adalah gadis muda yang berusia antara 18 hingga 20 tahun.

Menurut Wisma Putra, mereka ditahan atas pertuduhan menipu, membuka dan menjalanka­n aktiviti perjudian dalam talian secara haram.

Jelasnya, makluman penahanan tersebut hanya diterima secara lisan daripada pihak polis Banteay Meanchey pada 28 Disember lalu.

Dalam perkembang­an berkaitan, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah pada Jumaat dilaporkan berkata, tumpuan utama kini diberikan terhadap usaha membawa pulang kesemua tahanan.

Kerajaan Kemboja katanya, memberikan kerjasama yang baik dan membenarka­n pegawai dari Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh melawat mereka yang ditahan.

“Kita mendapatka­n info terkini mengenai situasi ini. Pegawai kita juga sudah berhubung dengan mereka untuk memastikan mereka berada dalam keadaan baik. Semua keluarga yang terlibat juga sudah maklum dengan penahanan itu,” katanya.

 ??  ?? MUHIBAH: Abang Johari bersalaman dengan tetamu ketika mengadakan kunjungan Tahun Baharu Cina di kediaman Tiong (kiri) di Sibu, semalam.
MUHIBAH: Abang Johari bersalaman dengan tetamu ketika mengadakan kunjungan Tahun Baharu Cina di kediaman Tiong (kiri) di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia