Utusan Borneo (Sarawak)

Ambil iktibar kes penahanan anak muda kita di Kemboja

Ibu bapa khasnya perlu lebih berhati-hati apabila anak mendapat tawaran pekerjaan di luar negara, kata Wan Junaidi

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Jadikan kes melibatkan 44 anak muda Sarawak daripada 47 mangsa yang terperdaya oleh sindiket pemerdagan­gan manusia yang kini ditahan di penjara di Kemboja sebagai teladan untuk semua khususnya ibu bapa.

Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, insiden itu boleh dijadikan pengajaran kepada semua khasnya ibu bapa dalam memantau anakanak mereka.

“Justeru, saya mengingatk­an kepada ibu bapa apabila anak-anak ditawarkan kerja di luar negara atau di mana-mana sahaja, mintalah selidik betulbetul duhulu.

“Jika tidak pasti bertanyala­h kepada orang yang tahu atau agensi kerajaan berkaitan mahupun wakil rakyat untuk memeriksa sama ada tawaran pekerjaan

Apabila melihat berita tentang kejadian ini dan membaca nota-nota yang ditulis mangsa, saya amat sedih dan bersimpati terhadap nasib yang menimpa

” mereka dan keluarga mangsa.

itu benar atau sebaliknya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaia­n geran projek kecil luar bandar (MRP) kepada 57 penerima yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan ( NGO) di Pusat Khidmat Parlimen Santubong di sini, semalam.

Wan Junaidi menegaskan, ia penting agar anak- anak yang ditawarkan pekerjaan tidak menjadi mangsa penipuan sindiket pemerdagan­gan manusia.

“Apabila melihat berita tentang kejadian ini dan membaca nota-nota yang ditulis mangsa, saya amat sedih dan bersimpati terhadap nasib yang menimpa mereka dan keluarga mangsa.

“Inilah perkara yang kita tidak mahu berlaku, jadi marilah kita bersama-sama memperinga­tkan masyarakat kita khususnya ibu bapa tentang perkara sebegini agar anak-anak kita tidak menjadi mangsa penipuan seperti ini,” tambahnya.

Pada masa sama, beliau menggesa pemimpin masyarakat dan NGO berkongsi maklumat berkaitan perkara ini di kampung- kampung dalam mendidik dan memberi pendedahan kepada penduduk di kawasan masing-masing.

“Di surau, masjid mahupun di dewan kampong, kita boleh berkongsi cerita tentang perkara ini kepada penduduk terutamany­a ibu bapa, jika ada tawaran pekerjaan seperti ini yang mencurigak­an perasaan periksalah dahulu,” katanya.

Mengulas lanjut insiden itu, Wan Junaidi memberitah­u, jika diikutkan dengan logik keadaan ekonomi semasa negara berkenaan, adalah mustahil gaji yang ditawarkan untuk bekerja di sana boleh mencecah RM5,000 hingga RM7,000.

“Jadi ini bukan salah kerajaan Kemboja, bukan salah

Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar Ahli Parlimen Santubong

pegawai kerajaan tetapi salah syarikat pekerjaan terbabit yang menipu anak-anak muda ini.

“Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan besar membantu anak-anak untuk menilai mana satu intan dan mana satu kaca,” ujarnya.

 ??  ?? TRADISI TERUS DIAMAL: Tiong (enam kiri) serta tetamu lain ketika mengunjung­i kediaman Vincent (tujuh kiri) sempena Tahun Baharu Cina.
TRADISI TERUS DIAMAL: Tiong (enam kiri) serta tetamu lain ketika mengunjung­i kediaman Vincent (tujuh kiri) sempena Tahun Baharu Cina.
 ??  ?? GUNA SEBAIKNYA: Wan Junaidi menyampaik­an geran MRP kepada salah seorang penerima di Pusat Khidmat Parlimen Santubong, semalam.
GUNA SEBAIKNYA: Wan Junaidi menyampaik­an geran MRP kepada salah seorang penerima di Pusat Khidmat Parlimen Santubong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia