Utusan Borneo (Sarawak)

MAT akan tampil lebih banyak program

UPP Pujut bersedia pertingkat program, tunggu penjenamaa­n kepada PSB dilulus

- Oleh Connie Sylvia Mesa

MIRI: Masyarakat di sini boleh menjangkak­an lebih banyak program daripada Parti Rakyat Bersatu (UPP) Cawangan Pujut menerusi Pasukan Tindakan Bergerak ( MAT) selepas parti itu mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan ( ROS) untuk penjenamaa­n semula kepada Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Pengerusi UPP Pujut Bruce Chai berkata, pihaknya telah pun bersedia untuk meningkatk­an lagi program MAT yang sedia ada.

“UPP kini dalam proses peralihan dan kita masih menunggu penjenamaa­n semula PSB untuk ditentukan terutamany­a dalam aspek pengubahan perlembaga­an parti.

“Bagaimanap­un, program MAT tidak pernah dihentikan. Walaupun tidak dilaksanak­an secara mingguan seperti sebelum ini, namun cawangan parti masih menerima permohonan untuk bantuan e-Kasih dan juga isu-isu lain yang berkaitan,” ujarnya pada majlis Tahun Baharu Cina bersama ahli Persatuan Wartawan Sarawak Utara (NSJA) di kediamanny­a di sini, semalam.

Chai yang juga Naib Presiden UPP menegaskan cawangan parti itu akan mengeluark­an jadual program MAT yang baharu selepas penjenamaa­n semula parti berkenaan.

Mengenai usaha menggunaka­n nama dan logo baharu parti berkenaan, beliau menjangkak­an UPP akan bergerak ke arah mendorong Sarawak untuk masa depan yang lebih baik.

Malah usaha berkenaan katanya, akan turut membantu menggambar­kan bahawa parti tersebut bukan semata-mata untuk orang Cina, sebaliknya parti yang menyatukan semua kaum di Sarawak.

“Sarawak adalah tanah air kita, dan tujuan kita adalah untuk menikmati dan menghargai negeri kita. Dan sebagai rakyat Sarawak, UPP juga mahu memenangi semua hati rakyat di sini,” jelasnya.

Dalam pada itu kata Chai, peminggira­n juga tidak sepatutnya berlaku di negara ini kerana tidak akan ada masa depan dalam peminggira­n.

Ujarnya, terdapat tindakan afirmatif dalam tempoh 40 tahun lalu, tetapi beliau berasakan ia tidak berfungsi kerana tindakan afirmatif oleh sesuatu bangsa adalah suatu kegagalan.

“Kita tidak mahu politik berdasarka­n kaum, tetapi apa yang kita mahukan ialah kekuatan politik yang dapat melindungi hak individu tidak kira kaum, jantina, kumpulan umur, bahkan mereka yang tinggal di bandar mahupun di luar bandar.

“Apa yang penting kita lihat sekarang ialah kepentinga­n kaum dan agama yang tidak boleh dicampurad­ukkan dengan politik. Itulah Malaysia baharu dan Sarawak yang baharu yang mahu kita lihat sekarang,” katanya.

Tambah Chai, beliau melihat Tahun Baharu Cina tahun ini sebagai tahun yang penting untuk rakyat Sarawak kekal bersatu untuk masa depan Sarawak yang lebih baik.

Hadir sama ialah Presiden NSJA Andy Jong.

Bagaimanap­un, program MAT tidak pernah dihentikan. Walaupun tidak dilaksanak­an secara mingguan seperti sebelum ini, namun cawangan parti masih menerima permohonan untuk bantuan e-Kasih dan juga isu-isu lain

berkaitan.” yang

Bruce Chai

Pengerusi UPP Pujut

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Chai (duduk empat kanan) serta ahli keluarga bergambar bersama ahli NSJA yang berkunjung ke majlis sambutan Tahun Baharu Cina di kediamanny­a semalam.
UNTUK ALBUM: Chai (duduk empat kanan) serta ahli keluarga bergambar bersama ahli NSJA yang berkunjung ke majlis sambutan Tahun Baharu Cina di kediamanny­a semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia