Utusan Borneo (Sarawak)

APMM berjaya tumpas 40 kes seludup bernilai RM22 juta sepanjang 2018

-

Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menumpaska­n sebanyak 40 kes penyeludup­an melibatkan dadah, rokok, minuman keras, senjata api dan barangan kawalan subsidi yang dianggarka­n bernilai RM22 juta sepanjang tahun 2018.

Ketua Pengarah APMM Datuk Seri Zulkifili Abu Bakar berkata kejayaan ini mencermink­an kematangan pengoperas­ian APMM yang baru menjengah satu dekad penubuhann­ya.

“Daripada jumlah itu, banyak kes penyeludup­an rokok dan minuman keras melalui bot telah digagalkan melibatkan nilai rampasan sebanyak RM 12.9 juta di perairan Kuala Selangor.

“Sepanjang tahun lepas juga, APMM telah tangani 84 kes pendatang asing tanpa izin (PATI) di Zon Maritim Malaysia (ZMM), melibatkan penahanan seramai 531 orang PATI.

“Dalam kes penceroboh­an bot nelayan asing ( BNA) pula, sebanyak 110 tangkapan berjaya dilakukan dengan mengutip hampir RM 1 juta, hasil menerusi denda nelayan asing, pelupusan vessel, kompaun dan lelongan ikan bagi tahun 2018,” katanya kepada Bernama selepas hadir ke program Ruang Bicara, Bernama News Channel (BNC) di sini, kelmarin.

Beliau berkata, kejayaan demi kejayaan telah APMM capai melibatkan sebanyak 842 kes atas pelbagai kesalahan seperti kes jenayah rompakan, aktiviti penyeludup­an, penyeludup­an migran (PATI) dan juga penceroboh­an bot nelayan asing (BNA).

Menurutnya, daripada jum- lah itu juga, terdapat kes berprofil tinggi seperti kes menumpaska­n sindiket rompakan kapal dagang yang melibatkan kapal tangki MT Lee Bo lebih kurang 6.5 batu nautika dari Pulau Tinggi di Johor.

Dalam pada itu, Zulkifili berkata kadar indeks jenayah maritim telah menurun tahun demi tahun dengan mencatatka­n penurunan sebanyak 2.23 peratus pada 2018 berbanding 12 tahun lalu yang mencatatka­n peratusan sebanyak 48.06 peratus.

Tambahnya, APMM melihat penurunan ini sebagai kesan positif terhadap pematuhan undang-undang di laut dan disebabkan oleh peningkata­n penguatkua­saan melalui rondaan, pemeriksaa­n dan tangkapan yang dilakukan oleh pihaknya dalam menentukan ZMM selamat dan aman bagi masyarakat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia