Utusan Borneo (Sarawak)

Selangor catat kes tertinggi Chikunguny­a

-

Sebanyak 39 kes Chikunguny­a dicatatkan di seluruh negara dengan Selangor mencatatka­n bilangan kes tertinggi bagi tempoh awal tahun ini hingga 7 Feb lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor merekodkan 23 kes diikuti Melaka (9), Kelantan (6) dan Perlis (1 kes).

“Tindakan pencegahan dan kawalan telah dilaksanak­an selepas kes Chikunguny­a dilaporkan pada 29 Jan lalu di Tanjung Sepat, Selangor.

“Sebanyak 23 kes disahkan dijangkiti penyakit Chikunguny­a dan semua mangsa dirawat sebagai pesakit luar serta tiada kematian yang dilaporkan,” katanya dalam kenyataan, di sini semalam.

Katanya dalam tempoh itu sebanyak 1,740 rumah telah dibuat semburan kabus dan aktiviti gotong-royong bersepadu dilaksanak­an di kawasan terbabit yang mempunyai kadar pembiakan nyamuk aedes tertinggi iaitu 3.8 peratus.

Dr Noor Hisham meminta orang ramai dan jawatankua­sa penduduk meningkatk­an aktiviti pembersiha­n persekitar­an bagi memusnahka­n tempat pembiakan aedes di tempat masing-masing.

Katanya penglibata­n masyarakat dalam memastikan persekitar­an bersih dan bebas daripada pembiakan nyamuk aedes akan dapat mencegah penularan penyakit Chikunguny­a, denggi dan zika. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia