Utusan Borneo (Sarawak)

Litar pintas punca stesen minyak di Sungai Buloh ditutup sementara

-

Lintar pintas menjadi punca stesen minyak Petronas Bukit Rahman Putra di Sungai Buloh, Selangor ditutup sementara lebih dua jam, kelmarin.

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri Selangor dalam satu kenyataan di laman Facebook berkata kementeria­n membuat pemeriksaa­n ke atas stesen berkenaan selepas menerima aduan daripada pengguna.

Menurutnya, semasa pemeriksaa­n dijalankan, anggota penguat kuasa KPD- NHEP Selangor mendapati stesen minyak tersebut telah kembali beroperasi dan semua pam berfungsi.

Pengurus stesen berkenaan memaklumka­n, penutupan tersebut dibuat pada kira-kira 3.30 petang hingga 5.45 petang disebabkan berlaku litar pintas di stesen itu, katanya.

KPDNHEP juga mendapati stok bekalan semasa di stesen itu mencukupi ketika pemeriksaa­n dijalankan.

Justeru, KPDNHEP menasihatk­an para pengusaha stesen minyak agar meletakkan notis pemakluman yang jelas kepada pengguna jika berlaku sebarang penutupan.

Sebelum itu, Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah mengambil maklum ciapan di Twitter Bernama Radio yang menyatakan bahawa stesen minyak itu tidak beroperasi selepas pengumuman perubahan harga petrol.

Beliau mengarahka­n KPDNHEP negeri Selangor untuk segera menyiasat dan memberikan laporan penuh ke atas penutupan stesen minyak tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia