Utusan Borneo (Sarawak)

Bangkai penyu agar ditemui di Pantai Pohon Batu, Labuan

-

Bangkai seekor penyu agar yang juga dikenali sebagai penyu hijau ditemukan di Pantai Pohon Batu di sini dengan usus dikeluarka­n dari perut.

Spesies haiwan laut terancam itu ditemukan oleh penduduk Kampung Pohon Batu Manikar pagi kelmarin dan terus melaporkan pemenuan itu kepada Jabatan Perikanan pada 1.15 petang hari yang sama.

Penemuan itu mengejutka­n pihak Taman Laut Labuan, aktivis pemulihara­an penyu serta penduduk kampung yang menggesa siasatan menyeluruh dilakukan terhadap sebarang unsur pemburuan haram penyu bagi telur dan daging.

Pengarah Jabatan Perikanan Labuan Faizal Suhaili Ibrahim berdasarka­n siasatan awal tidak menunjukka­n perbuatan khianat namun siasatan menyeluruh akan dilakukan.

“Suasatan awal menjunjukk­an tiada kerosakan pada cengkerang penyu itu dan kes itu telah dirujuk kepada Pusat Ekosistem Marin Kementeria­n Perikanan di Rantau Abang Terengganu.

“Saya telah berbincang dengan para pegawai TUMEC mengenai perkara itu namun mereka mengatakan agak sukar untuk menentukan punca penyu itu mati kerana bangkainya telah reput yang menghalang proses mengambil spesimen,” katanya.

Faizal berkata kertas siasatan telah dibuka dan meminta orang ramai serta nelayan menyalurka­n maklumat kepada pihak jabatan.

Diklasifik­asikan sebagai menghadapi bahaya kepupusan, penyu agar menghadapi ancaman pencurian telur, pemburuan haram dan tersangkut di jaring nelayan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia