Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas ahli parlimen Johor ditahan SPRM Bantu siasatan dua kes terima suapan wang dan sebidang tanah bernilai RM230,000

-

JOHOR BAHRU: Seorang bekas Ahli Parlimen bergelar ‘Datuk’ di negeri ini ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam bagi membantu siasatan berhubung dua kes menerima suapan wang dan sebidang tanah bernilai RM230,000.

Menurut sumber, lelaki berusia 56 tahun itu juga merupakan bekas Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA).

Beliau ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada jam 12.40 tengah hari semalam dan berkemungk­inan didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini.

Difahamkan, semasa menjadi Ahli Lembaga Pengarah FELDA, beliau menggunaka­n kedudukann­ya untuk mengambil tindakan mengesyor dan meluluskan pelantikan sebuah syarikat pencetakan yang disyaki beliau mempunyai kepentinga­n bagi kerja-kerja penerbitan Akhbar 1Suara di FELDA daripada tahun 2012 hingga 2015 yang dianggarka­n bernilai lebih RM13 juta.

Sebagai balasan, pada 2013, beliau telah menerima suapan wang ringgit bernilai RM50,000 dan pada 2014 pula, beliau telah menerima sebidang tanah di Mukim Kota Tinggi, di sini, bernilai kira-kira RM180,000.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahka­n penahanan itu dan memaklumka­n bahawa bekas ahli parlimen itu akan menghadapi dua pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia