Utusan Borneo (Sarawak)

Warga TNB redah Hutan Belum sampaikan bantuan anak Orang Asli

-

Serama 46 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tiang di Perak menerima bantuan persekolah­an daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersempena Program Back To School gergasi utilit itu baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan d sini, TNB berkata 20 warga kerjanya meredah kawasan pedalaman Hutan Belum selepas menyedari guru mahupun ibu bapa murid Orang Asli berkenaan tidak berupaya hadir ke program yang diadakan di SJ Bersia.

“Perjalanan yang penuh liku itu perlu menaiki kenderaan pacuan empat roda dari Bersia ke Pengkalan Trojan selama setengah jam diikuti lebih sejam menaiki bot melalu Tasik Temenggor sehingga ke Tasik Belum dan berjalan kak menuju ke perkampung­an Orang Asli Sungai Tiang.

“Anak-anak dan guru-guru ini perlu berjalan kaki dan menaiki bot sebelum menaik mana- mana pengangkut­an darat jika mahu hadir ke SJ Bersia. Memahami situas ini, anggota kerja SJ Bersia bersama wakil- wakil persatuan dalaman TNB sepakat berkunjung ke sekolah mereka,” demikian menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Guru Besar SK Tiang Mohamad Sharap Samsun bersyukur atas bantuan persekolah­an yang diterima anak muridnya itu.

“Alhamdulil­lah, pihak sekolah amat berbesar hati atas keprihatin­an TNB. Tiada lain yang dapat menggembir­akan hati anak-anak ini daripada mendapat kelengkapa­n sekolah serba baharu,” katanya dipetik sebagai berkata dalam kenyataan sama.

Selain memberi bantuan persekolah­an, TNB juga aktif dengan melibatkan diri dalam projek pengurusan sumber perikanan ikan kelah di kampung berkenaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia