Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lelaki termasuk tentera ditahan terlibat enam kes ragut dan samun

-

Dua lelaki termasuk seorang anggota tentera ditahan kerana dipercayai terlibat dalam enam kes ragut dan samun di sekitar daerah Melaka Tengah di sini, dalam Ops Rentap pada Selasa lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, ACP Mohd Nor Yhazid Idris berkata kedua-dua mereka yang berusia 18 dan 23 tahun itu ditahan di dua lokasi berasingan di sekitar daerah itu antara jam 6 petang hingga 11 malam.

Beliau berkata berdasarka­n siasatan awal, kedua-dua lelaki tersebut aktif dalam enam kes ragut dan samun antara 10 Dis 2018 hingga 2 Feb lepas dan menyasarka­n wanita sebagai mangsa.

“Anggota tentera berusia 23 tahun itu ditahan di Sungai Udang kira-kira jam 11 malam pada Selasa selepas tangkapan pertama melibatkan lelaki berusia 18 tahun yang tidak bekerja di Jalan Merdeka kirakira 6 petang hari sama.

“Hasil ujian saringan urin yang dilakukan ke atas kedua- dua mereka didapati positif dadah jenis Methamphet­amine,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata dalam kes terbaru pada 2 Feb lepas, kedua-dua suspek tersebut dipercayai bertindak menyamun seorang wanita dengan menolak dan menutup muka mangsa sebelum melarikan dompet berisi RM300 di hadapan sebuah rumah di Jalan Tun Perak di sini.

Kedua- dua lelaki berkenaan ditahan reman selama tujuh hari bermula Selasa bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam rompakan berkumpula­n dengan senjata serta cuba menyebabka­n kematian atau cedera parah, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia