Utusan Borneo (Sarawak)

Kenderaan Mitsubishi Storm tenggelam di Sungai Terengganu dinaikkan

-

Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu semalam berjaya menaikkan kenderaan pacuan empat roda, Mitsubishi Storm, yang menggelong­sor ke dalam Sungai Terengganu, di Pulau Warisan malam kelmarin.

Pengarah JBPM Terengganu, Azlimin Mat Noor berkata, terdahulu kenderaan itu yang tenggelam sedalam 30 kaki (9.41 meter) diapungkan ke permukaan sungai kira-kira jam 10.05 pagi semalam dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Kenderaan berjaya kita bawa naik menggunaka­n kaedah ‘lifting’ dengan peralatan Vehicle Recovery System (VRS) 2000 selepas usaha menaikkan kenderaan itu dimulakan pada 8 pagi semalam.

“Menerusi kaedah itu, kita letakkan pelampung di bawah kenderaan itu dan setelah terapung kita bawa ia ke tepi,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini.

Bagaimanap­un, katanya, seorang mangsa yang dikhuatiri lemas ketika menyelamat­kan empat beranak dalam kejadian kereta terjunam itu, Abdul Bari Asyraf Mohd, 31, masih belum ditemukan hingga kini.

“Radius pencarian meliputi 200 kaki (60.96 meter) dari lokasi lemas dengan menggunaka­n dua kaedah iaitu pencarian di permukaan dan selaman.

“Untuk meluaskan pencarian mangsa, dua Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) menggunaka­n tali. Kawasan muara sungai ini mempunyai banyak lumpur dan batuan mungkin akibat kesan tambakan,” katanya.

Menurut Azlimin, pihaknya turut meningkatk­an keanggotaa­n penyelam daripada 10 orang pagi semalam dan akan memanggil 50 orang lagi penyelam bagi melancarka­n operasi mencari dan menyelamat itu.

“Operasi PPDA agak terbatas dari segi kecepatan berbanding dengan operasi di darat kerana wujud unsur kepenatan yang lebih cepat jadi cara paling bagus adalah dengan menambah keanggotaa­n.

“Disebabkan arus tidak terlalu kuat, kita rasa perlu buat pencarian dengan lebih cepat supaya lebih mudah kerana berkemungk­inan pada sebelah petang nanti arus akan lebih kuat,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, Abdul Bari Asyraf yang ketika itu sedang memancing bersama rakannya, terjun ke dalam muara sungai selepas melihat kereta pacuan empat roda itu terjunam.

Selain beliau, empat lagi orang awam turut melakukan perbuatan sama bagi menyelamat­kan empat beranak di dalam kereta terbabit. — Bernama

Sebaik tiba di lokasi, seorang daripada mangsa berada di luar kenderaan manakala lima lagi masih tersepit. Kita mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluark­an semua mangsa dengan dua mangsa yang parah dibawa ke hospital manakala empat lagi diserahkan kepada

lanjut. ” polis untuk tindakan

Pegawai Bomba Tinggi Yusmizan Yusof

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus

Mangsa yang meninggal dunia ialah Mohd Kharulinza­m Jusoh, 38, isteri, Nur Syaazlien Syarizam Salleh, 21, dan anak mereka, Nur Khaira Aisyah berusia sembilan bulan.

Kemalangan itu turut men- yang sama.

Difahamkan, ketika kejadian, semua mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Durian Mas, Manir selepas menghadiri kenduri perkahwina­n di Kota Bharu, Kelantan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus, Pegawai Bomba Tinggi Yusmizan Yusof ketika dihubungi berkata dua jentera dari BBP Kuala Nerus dan Kuala Terengganu bersama 12 anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 3.01 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, seorang daripada mangsa berada di luar kenderaan manakala lima lagi masih tersepit. Kita mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluark­an semua mangsa dengan dua mangsa yang parah dibawa ke hospital manakala empat lagi diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, seorang saksi, Muhammad Zul Ilha Jusoh, 25, berkata, dia segera keluar dari rumah selepas ter- dengar dentuman kuat akibat pelanggara­n tersebut.

“Saya ingat baru berlanggar rupa- rupanya sudah hancur. Ada enam orang dalam kereta, bayi duduk atas riba penumpang hadapan dan masa itu saya dengar tangisan seorang budak d tempat duduk belakang. Kita angkat budak yang menangis itu keluar melalui tingkap,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BAHAN BUKTI: Aidi Sham (dua kanan) bersama Ketua Jabatan Jenayah IPD Asp Zakaria Zainal (kanan) menunjukka­n plastik yang mengandung­i pisau yang dipercayai digunakan dalam kes bunuh seorang lelaki warga Myanmar dalam kejadian 2.30 pagi di sebuah premis rumah kedai di Lukut pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson, dekat Port Dickson, semalam.
— Gambar Bernama BAHAN BUKTI: Aidi Sham (dua kanan) bersama Ketua Jabatan Jenayah IPD Asp Zakaria Zainal (kanan) menunjukka­n plastik yang mengandung­i pisau yang dipercayai digunakan dalam kes bunuh seorang lelaki warga Myanmar dalam kejadian 2.30 pagi di sebuah premis rumah kedai di Lukut pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson, dekat Port Dickson, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia