Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki dikhuatiri lemas kenderaan pacuan empat roda terjunam ke Sungai Terengganu

-

Empat sekeluarga nyaris lemas selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaik mereka tergelongs­or sebelum terjunam ke dalam Sunga Terengganu di Pulau Warisan di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, mangsa yang terdiri daripada dua wanita dewasa dan dua kanakkanak perempuan diselamatk­an beberapa orang awam yang sedang bersiar-siar dan memancing di sekitar kawasan itu.

Bagaimanap­un, seorang lelaki, Abdul Bari Asyraf Mohd, 31, dikhuatiri lemas ketika cuba menyelamat­kan mangsa.

Ketua Cawangan Operas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Neger Terengganu, Mazimi Mohamad berkata 21 pegawai dan anggota JBPM digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan daripada orang awam kira- kira 9.45 malam.

“Ketika sampai keempatemp­at mangsa telah diselamatk­an orang awam. Kita turut menerima bantuan bot dan anggota penyelamat daripada pasukan polis marin dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ( APM),” katanya kepada pemberita d sini semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata menurut saksi kejadian kenderaan pacuan empat roda tersebut dipercayai terjunam ke dalam sungai secara mengundur.

Sebelum kejadian, pemandu berkenaan dipercayai cuba mengalihka­n kereta ketika gear berada dalam kedudukan mengundur.

“Keempat-empat mangsa telah diselamatk­an dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut.

“Pada masa ini operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) tertumpu kepada mangsa Abdul Bari manakala kenderaan Mitsubishi Storm telah ditemu kira-kira 20 meter dari tebing sungai kira-kira 1 pagi semalam,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia