Utusan Borneo (Sarawak)

Anggota kumpulan ‘gangster 36’ ditahan

-

Seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai anggota kumpulan ‘gangster 36’ berjaya ditahan di Taman Perwira, Kluang pada jam 10.40 malam kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor SAC Md Yusof Ahmad berkata penahanan lelaki berusia lewat 20-an itu dilakukan pasukan pegawai dan anggota JSJ Kluang berdasarka­n maklumat risikan.

Beliau berkata menerusi pemeriksaa­n, didapati suspek mempunyai tatu bercorak tulisan dalam bahasa Sanskrit pada bahagian lengan kanannya dan tatu ‘360’ di tangan kanannya.

Suspek juga mengaku menjadi anggota geng 36 sejak berumur 16 tahun dan mempunyai rekod lampau bersabit dua kes di bawah Seksyen 15 (1) a Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 412 Kanun Keseksaan serta masing-masing satu kes di bawah Seksyen 392/ 379, Seksyen 385 dan Seksyen 393 kanun sama.

Bagaimanap­un, hasil saringan ujian air kecing mendapati suspek negatif dadah,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Suspek kini direman selama tiga hari bermula semalam untuk disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 kerana menjadi anggota pertubuhan haram.

Sementara itu, dalam kes berlainan, Md Yusof memberitah­u seramai 17 individu turut ditahan dalam serbuan Ops Limau di sebuah restoran di Taman Skudai Baru, Iskandar Puteri pada 9.40 malam tadi kerana terlibat kegiatan judi catit taruh lumba kuda tanpa lesen.

Katanya, mereka yang dita- han terdiri daripada 15 lelaki dan dua wanita berusia antara 21 hingga 63 tahun dengan tiga daripadany­a merupakan penganjur, seorang ialah pemilik premis dan 13 lagi merupakan pemain.

“Dalam serbuan ini, kita turut merampas wang tunai berjumlah RM22,375 , dua buah komputer riba, dua buah ‘pager’ dan satu modem TMnet.

“Kita juga merampas sebanyak 38 helai kertas dan satu buku tercatit angka- angka judi lumba kuda tanpa lesen, satu bag silang, dua helai surat khabar cina serta dua batang pen berwarna hitam,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 4 ( 1) b Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 6 ( 3) Akta Pertaruhan 1953 dan Seksyen 6 ( 1) Akta Pertaruhan 1954. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia