Utusan Borneo (Sarawak)

KDN bincang calon ketua polis negara, timbalan dalam masa terdekat Perbincang­an bersama PM akan dibuat bagi memilih calon untuk kedua-dua jawatan

-

SEMENYIH: Senarai calon bagi mengisi jawatan ketua polis negara dan timbalanny­a akan dimuktamad­kan dalam tempoh terdekat, kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata satu perbincang­an bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan dibuat bagi memilih calon untuk keduadua jawatan penting badan keselamata­n negara itu.

“Kita akan putuskan nanti pengganti-pengganti bagi kedua-dua jawatan penting dalam (pasukan) polis. Insya-Allah saya akan berbincang dengan Per-

Kita akan putuskan nanti penggantip­engganti bagi kedua-dua jawatan penting dalam (pasukan) polis. InsyaAllah saya akan berbincang dengan Perdana Menteri (Dr Mahathir) dan akan

terdekat. ” diputuskan dalam tempoh

dana Menteri (Dr Mahathir) dan akan diputuskan dalam tempoh terdekat,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mempengeru­sikan mesyuarat bersama Jawatankua­sa Bersatu Hulu Langat dan ketua-ketua kampung serta menziarahi keluarga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Allahyarha­m Bahtiar Mohd Nor.

Sebelum ini dilaporkan kontrak perkhidmat­an Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Timbalanny­a Tan Sri Noor Rashid Ibrahim akan tamat pada Mei ini.

Sementara itu ditanya tentang isu gejala dadah ketika ini, Muhyiddin secara peribadi mengakui masalah tersebut semakin membimbang­kan.

“Trend dadah membim- bangkan kerana ada dadahdadah jenis baharu dan sudah tersebar luas serta melibatkan orang awam serta golongan bawah umur 18 tahun.

“Bagaimanap­un, KDN (Kementeria­n Dalam Negeri) bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mempunyai rancangan khusus yang berterusan untuk menangani masalah itu,” katanya.

Sebelum ini, dilaporkan sebanyak 115,000 kes dadah dikesan bagi tempoh 2014 hingga tahun lepas dengan 3.2 peratus atau 3,680 kes membabitka­n golongan bawah 18 tahun. — Bernama

Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri Dalam Negeri

 ?? — Gambar Bernama ?? TUMPAS: Timbalan Komander Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Satu ( W1), Supt Dimin Awang (tengah) menunjukka­n sejumlah anak ikan yang ditangkap menggunaka­n bot pukat tunda selepas bot itu dirampas kerana melakukan tangkapan di kawasan larangan pada sidang media di Jeti Perikanan Kuala Kedah dekat Alor Setar, semalam.
— Gambar Bernama TUMPAS: Timbalan Komander Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Satu ( W1), Supt Dimin Awang (tengah) menunjukka­n sejumlah anak ikan yang ditangkap menggunaka­n bot pukat tunda selepas bot itu dirampas kerana melakukan tangkapan di kawasan larangan pada sidang media di Jeti Perikanan Kuala Kedah dekat Alor Setar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia