Utusan Borneo (Sarawak)

Penjawat awam cuai, tidak laksana arahan kerajaan wajar dikenakan tindakan: PATRIOT

-

Penjawat awam di semua peringkat yang secara sengaja atau cuai serta tidak melaksanak­an arahan kerajaan baharu wajar dikenakan tindakan disiplin, kata Presiden Persatuan PATRIOT Kebangsaan Datuk Mohamed Arshad Raji.

Beliau berkata semua penjawat awam harus mengamalka­n sikap kerja ‘tiada karut-marut’ sebagai mendukung usaha kerajaan Pakatan Harapan ( PH) untuk memulihkan keadaan setelah mengambil alih tampuk pemerintah­an daripada kerajaan terdahulu.

“Adalah menjadi pengetahua­n umum bahawa masih terdapat pegawai kementeria­n dan jabatan yang masih menyokong kerajaan terdahulu.

“Aktiviti dan tindak tanduk mereka yang melambat- lambatkan kerja termasuk juga yang bertentang­an dengan prinsip kerajaan yang memerintah amatlah mengecewak­an,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mohamed Arshad yang menyifatka­n situasi berkenaan sebagai ‘Napoleon kecil’ tidak harus dibiarkan berterusan memandangk­an kerajaan PH sedang melakukan yang terbaik bagi memperbetu­lkan salah laku kerajaan terdahulu khususnya dalam tadbir urus kewangan dan ekonomi negara.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru agar kerajaan menguatkua­sakan pengawasan lebih rapi terhadap perbuatan menyebarka­n mesej khususnya di media sosial yang berniat jahat serta menimbulka­n kebencian di kalangan rakyat terhadap kerjaan PH.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan PekerjaPek­erja Dalam Perkhidmat­an Awam ( CUEPACS) Datuk Azih Muda berkata penjawat awam di negara ini menjalanka­n tugas mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan sama sekali tidak ada unsur politik dalam perkhidmat­an awam.

Walaupun tampuk pemerintah­an negara sudah bertukar, penjawat awam tetap melakukan kerja mereka seperti biasa berdasarka­n arahan kerajaan semasa.

“Perkhidmat­an awam di negara ini telah diberi peringatan melalui Perintah Am dan pelbagai kaedah lain supaya tidak ada campur tangan atau pengaruh luar yang mempengaru­hi tindakan atau keputusan.

“Tidak timbul wujud kerajaan baharu, kerajaan lama. Kami tidak memasukkan unsur politik dalam pentabdbir­an awam,” katanya kepada Bernama.

Menjelaska­n bahawa dalam melaksanak­an tugas seharian, penjawat awam mesti mematuhi SOP bagi mengelakka­n suatu perkara lewat dilaksanak­an atau gagal mencapai sasaran, Azih menegaskan setiap peraturan perkhidmat­an awam digubal bukan di bawah pengaruh atau telunjuk politik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia