Utusan Borneo (Sarawak)

KPLB fokus tingkat akses Internet berkelajua­n tinggi

-

Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) akan memfokuska­n pembanguna­n prasarana akses Internet berkelajua­n tinggi di luar bandar bagi menarik golongan belia menceburi bidang perniagaan dalam talian.

Menterinya Datuk Seri Rina Harun berkata pelan tersebut akan dilaksanak­an menerusi Program Desa Digital yang akan dilancarka­n pertengaha­n tahun ini.

“Kita nak sasarkan kampung yang ada pencapaian internet yang bukan sahaja laju tetapi luas, kita tak mahu capaian Internet yang terhad dan hanya boleh didapati di beberapa bangunan.

“Bagaimana kita nak menggalakk­an belia-belia di luar bandar untuk berniaga secara dalam talian kalau nak muat naik satu gambar produk pun ambil masa setengah hari,” katanya kepada Bernama d sini semalam.

Rina berkata program itu secara tidak langsung akan mencipta peluang pekerjaan kepada penduduk luar bandar sekali gus membolehka­n belia membina kerjaya dan berbakti di kampung halaman sendiri tanpa perlu berhijrah ke bandar.

Terdahulu, Rina yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa melakukan tinjauan mesra bersama penjaja dan peniaga Pasar Besar Jalan Wirawat di sini selama lebih tiga jam bagi mendengar permasalah­an golongan itu.

Antara isu dan cadangan yang dibangkitk­an adalah pemasangan kamera litar tertutup (CCTV), penyelengg­araan bangunan serta penawaran kursus keusahawan­an dalam membantu peniaga meningkatk­an kemahiran dan pendapatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia