Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Marin tahan 12 nelayan, rampas empat bot pukat tunda

-

Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu menahan 12 nelayan merangkumi empat warga tempatan dan lapan rakyat Thailand serta merampas empat buah bot pukat tunda yang dianggarka­n bernilai RM1.35 juta kerana menangkap ikan di luar zon yang ditetapkan.

Timbalan Komanderny­a Supt Dimin Awang berkata, tangkapan dan rampasan itu dilakukan dalam operasi kirakira jam 3 pagi semalam yang sebelum itu mengesan sebuah bot pukat tunda kelas B1 dan dua bot pukat tunda kelas C melakukan tangkapan di kawasan perairan laut Kuala Sala, dekat Yan.

Katanya, pemeriksaa­n PPM ke atas ketiga-tiga bot terbabit mendapati pemiliknya melakukan kesala- han menangkap ikan kurang dari jarak batu nautika yang dibenarkan mengikut syarat sah lesen daripada Jabatan Perikanan.

“Anggota PPM kemudian bertindak menahan 12 nelayan daripada tiga bot terbabit yang berusia 30 hingga 50 tahun dan turut merampas peralatan menangkap ikan, bot serta 1,000 kilogram (kg) ikan dan dibawa ke Jeti Perikanan Kuala Kedah di sini.

“Pada masa sama, dua bot pukat tunda lain turut dikesan melakukan kesalahan yang sama di perairan berkenaan bertindak melarikan diri bagi mengelak diambil tindakan,” katanya kepada pemberita di Jeti Perikanan Kuala Kedah di sini, semalam.

Bagaimanap­un, kira- kira 12.30 tengah hari semalam, satu daripada bot itu berjaya dikesan berhampira­n jeti perikanan berkenaan walaupun pemilik bot dipercayai bertindak mengecat satu angka nombor pendaftara­n bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Kita dalam usaha mengesan sebuah lagi bot dan kita percaya bot berkenaan mungkin berada di sekitar Kuala Kedah ataupun bersembuny­i di perairan Kuala Perlis,” katanya menambah kes disiasat mengikut Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985.

Beliau berkata pihaknya memandang serius aktiviti penangkapa­n ikan di kawasan yang tidak dibenarkan kerana ia boleh menggugat sumber perikanan di perairan negara dan menjejaska­n hasil tangkapan nelayan tradisiona­l di kawasan tepi pantai. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia