Utusan Borneo (Sarawak)

Isu sijil palsu: PKR negeri gesa MB Johor beri penjelasan

-

Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian perlu memperjela­skan perkara yang sebenar kepada masyarakat berhubung dakwaan dirinya memiliki sijil akademik palsu.

Gesaan dibuat Pengerusi PKR Johor Hassan Karim berikutan isu itu telah pun menjejaska­n imej Pakatan Harapan yang dahulunya menjanjika­n reformasi dalam kepimpinan kerajaan.

“Dari segi undang-undang, memang pihak yang menuduh kena buktikan tuduhan mereka benar, bukannya pihak yang kena tuduh perlu beritahu bahawa dia adalah di pihak yang benar.

“Tetapi sebaiknya jelaskanla­h apa yang sebenar kerana masyarakat hendak tahu,” kata beliau kepada pemberita selepas Majlis Rumah Ter- buka dan Penyerahan Sumbangan Tahun Baharu Cina di Dewan Serbaguna Taman Putri di sini, semalam.

Hassan berkata demikian sebagai mengulas kontrovers­i yang melanda beberapa pemimpin PH termasuk Osman yang dikatakan memalsukan sijil akademik mereka.

Menurut Hassan, penjelasan juga mustahak kerana dapat mencermink­an tahap integriti seseorang yang dipanggil sebagai tokoh masyarakat.

“Pendedahan (kontrovers­i) ini ada hikmahnya kerana kita mahu masyarakat, pemimpin dari peringkat rendah hingga tertinggi termasukla­h diri saya agar sentiasabe­rcakapbena­rsekalipun kalau hanya ada sijil tingkatan tiga iaitu SRP, PMR, LCE.

“Jangan cakap yang tidak benar. Tidak baik sebab kita dipanggil tokoh masyarakat dan bila kita sudah jadi tokoh masyarakat, tidak ada benda yang private. Rakyat berhak untuk tahu,” katanya.

Osman sebelum ini dilaporkan mempunyai Ijazah dan diploma Perakaunan dari Universiti Pertanian Malaysia yang kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia (UPM).

Namun pemeriksaa­n warganet mendapati UPM hanya mula menawarkan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan pada tahun 1985 manakala Diploma Perakaunan tidak ditawarkan di universiti tersebut.

Osmanmerup­akanpemimp­in ketiga daripada PH yang terpalit dengan kontrovers­i itu selepas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh (dua kanan) menyampaik­an sumbangan angpau kepada warga emas dan kanak-kanak pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina 2019 Parlimen Kuantan, di Kuantan, semalam. Sambutan turut disajikan dengan pelbagai juadah makanan dan penyampaia­n ang paw kepada kanak-kanak dan orang tua di samping dapat mengeratka­n hubungan antara penduduk dan pemimpin.
— Gambar Bernama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh (dua kanan) menyampaik­an sumbangan angpau kepada warga emas dan kanak-kanak pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina 2019 Parlimen Kuantan, di Kuantan, semalam. Sambutan turut disajikan dengan pelbagai juadah makanan dan penyampaia­n ang paw kepada kanak-kanak dan orang tua di samping dapat mengeratka­n hubungan antara penduduk dan pemimpin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia