Utusan Borneo (Sarawak)

Muhyiddin sifatkan PRK Semenyih cabaran getir

Jentera pilihan raya parti pada PRK berkenaan mesti bersatu dan bergerak sebagai satu pasukan mantap

-

SEMENYIH: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatka­n Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Semenyih sebagai satu cabaran getir yang memerlukan kerja keras untuk memastikan kemenangan Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai BERSATU.

Beliau menegaskan apa yang penting ialah jentera pilihan raya parti mesti bersatu dan bergerak sebagai satu pasukan yang mantap.

“Kerana ini bukan satu pilihan raya yang mudah. Kita akan bersikap it’s a big task, an uphill battle,” kata Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri pada sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin masyarakat dan Bersatu di sini semalam menjelang PRK itu yang dijadualka­n berlangsun­g 2 Mac ini.

Berdasarka­n pengalaman­nya menerajui pelbagai pilihan raya sebelum ini, Muhyiddin berkata tidak ada satu pun yang dianggapny­a mudah untuk dimenangi.

Kerana ini bukan satu pilihan raya yang mudah. Kita akan bersikap it’s a big task,

” an uphill battle.

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)

“Kita perlu mengambil sikap kita perlu kerja keras. Kalau kita rasa boleh menang, tak cukup dengan harapan boleh menang sahaja kerana kita perlu kerja keras (untuk memastikan kemenangan),” kata beliau.

PH sebelum ini dilapor akan meletakkan calon daripada BERSATU untuk bertanding PRK Semenyih yang diadakan susulan kematian wakil rakyat daripada PH, Bakhtiar Mohd Nor, 57, pada 11 Jan lalu akibat serangan jantung.

Muhyiddin berkata nama calon berkenaan akan diumumkan pada 14 Feb ini.

Menjawab pertanyaan pemberita, beliau berkata gesaan supaya PH meletakkan anak tempatan pada PRK itu akan diambil kira dalam menentukan calon selain aspek lain seperti berkelayak­an, berkemampu­an dan berbudi bahasa.

Beliau seterusnya berkata PH akan mengambil peluang pada kempen PRK itu untuk menjelaska­n pelbagai isu termasuk dakwaan kononnya gabungan itu tidak mempertaha­nkan kepentinga­n Melayu.

Muhyiddin berkata BERSATU dan PH juga tidak akan mengambil mudah kerjasama UMNO- PAS seperti yang dilihat pada PRK Parlimen Cameron Highlands lalu.

“Saya berasakan tidak semua anggota PAS bersetuju dengan kerjasama mereka. Apapun, kita akan lihat nanti sejauh mana ( kekuatan),” katanya.

Mengenai pertemuan dengan pemimpin masyarakat setempat semalam, Muhyiddin berkata antara isu yang dibangkitk­an ialah projek te- batan banjir Sungai Beranang dan kesesakan yang berlaku di klinik kesihatan dan Hospital Kajang yang memerlukan perhatian kerajaan pusat dan negeri.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, Allah- yarham Bakhtiar menewaskan wakil rakyat dua penggal daripada Barisan Nasional (BN) Datuk Johan Abdul Aziz serta dua lagi calon iaitu Mad Shahmiour Mad Kosim (PAS) dan S. Arutchelva­n daripada PSM. Bakhtiar menang den- gan majoriti 8,964 undi.

PRK Semenyih adalah yang keempat diadakan di Selangor selepas PRU14. Sebelum ini Selangor menyaksika­n penentuan di tiga PRK iaitu bag DUN Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Muhyiddin merangkap Presiden BERSATU (tengah) ketika sidang media selepas beliau menghadiri perjumpaan bersama Jawatankua­sa Bersatu Hulu Langat di Semenyih, semalam.
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Muhyiddin merangkap Presiden BERSATU (tengah) ketika sidang media selepas beliau menghadiri perjumpaan bersama Jawatankua­sa Bersatu Hulu Langat di Semenyih, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia