Utusan Borneo (Sarawak)

Isu veteran ATM akan dibincang 28 Feb ini: JHEV

-

Majlis Veteran Kebangsaan (MVK) dijadualka­n bermesyuar­at pada 28 Feb ini bagi membincang­kan isu-isu berkaitan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk tentang meringanka­n beban sara hidup mereka.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM Mej Jen Datuk Dzulkarnai­n Ahmad berkata antara yang dijangka menghadiri mesyuarat itu ialah Menteri Pertahanan Mohamad Sabu selaku Pengerusi MVK serta Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin yang juga Presiden Persatuan Veteran ATM.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan di sini semalam bagi mengulas laporan berita bertajuk ‘Pesara Terkilan Tiada Bantuan RM1,200 Seperti Zaman BN’ yang disiarkan sebuah portal berita.

Beliau berkata Bantuan Bakti Negara (BBN) merupakan bantuan tahunan yang diperkenal­kan pada 2016 berjumlah RM1,000 kepada veteran ATM yang tidak berpencen bagi mengurangk­an beban kewangan mereka dan jumlah itu ditingkatk­an kepada RM1,200 pada 2017.

Dzulkarnai­n berkata Kementeria­n Kewangan tidak memperuntu­kkan dana bagi pembayaran BBN yang dilaksanak­an pada 2016 dan 2017, sebaliknya peruntukan bagi BBN sebelum ini yang berjumlah RM53 juta itu adalah hasil penjualan tanah kem ATM yang pada asalnya bertujuan menaik taraf kem sedia ada.

Tindakan itu mengakibat­kan program menaik taraf kem- kem ATM sedia ada ditangguh dan justeru itu, bagi 2018 dan 2019, keutamaan diberikan kepada programpro­gram menaik taraf kem ATM sedia ada yang tertangguh, katanya.

Difahamkan, terdapat lebih 40,000 pesara tentera tidak berpencen di seluruh negara menerima BBN sebelum ini.

Semalam, portal berita itu melaporkan pesara tidak berpencen meluahkan rasa terkilan susulan tiada lagi skim BBN sebanyak RM1,200 setahun yang sebelum ini bayaran dibuat menjelang akhir tahun. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH MESRA: Mohd Shafie menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Dewan Sekolah Menengah Tinggi Cina anjuran DAP Sri Tanjung yang turut dihadiri oleh Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Datuk Jaujan Sambakong dan Datuk Christina Liew serta beberapa Menteri, Pembantu Menteri, Anggota Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), semalam.
— Gambar Bernama RAMAH MESRA: Mohd Shafie menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Dewan Sekolah Menengah Tinggi Cina anjuran DAP Sri Tanjung yang turut dihadiri oleh Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Datuk Jaujan Sambakong dan Datuk Christina Liew serta beberapa Menteri, Pembantu Menteri, Anggota Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia